Terkini
25 tan dada ayam sejuk beku dari Thailand disita
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita 25 tan dada ayam sejuk beku dari Thailand ketika mengadakan operasi di pintu masuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, Sabtu lalu.
- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita 25 tan dada ayam sejuk beku dari Thailand ketika mengadakan operasi di pintu masuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, Sabtu lalu.
- Pengarah MAQIS negeri, Muhammad Ikram Abd Talib berkata sitaan dibuat selepas pemeriksaan mendapati dada ayam sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import ditetapkan.
- Siasatan lanjut turut mendapati pengimportan konsainan seberat 25,000 kilogram (kg) itu tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas.
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita 25 tan dada ayam sejuk beku dari Thailand ketika mengadakan operasi di pintu masuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, Sabtu lalu.
Pengarah MAQIS negeri, Muhammad Ikram Abd Talib berkata sitaan dibuat selepas pemeriksaan mendapati dada ayam sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import ditetapkan.
Katanya, siasatan lanjut turut mendapati pengimportan konsainan seberat 25,000 kilogram (kg) itu tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas.
“Berikutan itu, dada ayam sejuk beku bernilai RM240,000 disita bagi tindakan lanjut.
“Terdahulu, sepasukan penguatkuasa MAQIS menjalankan pemeriksaan rutin di pintu masuk NBCT sebelum menemui kontena berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, MAQIS sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan dan memastikan di semua pintu masuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan makanan.
Sumber: Berita Harian