Terkini
76 peratus pemilik sijil halal di Pulau Pinang syarikat bukan Muslim
Pensijilan Halal Malaysia telah menjulang nama baik negara di persada antarabangsa dengan pensijilan unggul dan berintegriti, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
- Pensijilan Halal Malaysia telah menjulang nama baik negara di persada antarabangsa dengan pensijilan unggul dan berintegriti, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
- Beliau berkata kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal dibuktikan dengan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Pulau Pinang pada Januari 2024 hingga Jun dikuasai 76 peratus syarikat bukan Muslim (bukan Bumiputera dan milikan asing).
- Berdasarkan rekod sama, hanya 24 peratus pemegang sijil halal adalah daripada syarikat Muslim (Bumiputera).
- “Data ini menunjukkan peniaga bukan Bumiputera mencatatkan peratusan yang lebih tinggi bagi permohonan sijil halal berbanding peratusan peniaga Bumiputera.
- “Hal ini membuktikan bahawa pensijilan halal Malaysia diyakini semua pihak tanpa mengira latar agama mahupun bangsa, malahan bagi terus menggalakkan permohonan pensijilan halal ini, prosesnya juga telah dipercepatkan bagi Negeri Pulau Pinang daripada 90 hari kepada 30 hari bekerja mulai November 2023,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
KUALA LUMPUR —- Pensijilan Halal Malaysia telah menjulang nama baik negara di persada antarabangsa dengan pensijilan unggul dan berintegriti, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, asas kepada integriti itu adalah Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilaksanakan berdasarkan standard dibangunkan Jabatan Standard Malaysia berlandaskan Akta Standard Malaysia (Akta 549) 1996 yang menepati piawaian International Organization for Standardization (ISO).
Beliau berkata kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal dibuktikan dengan pemegang SPHM di Pulau Pinang pada Januari 2024 hingga Jun dikuasai 76 peratus syarikat bukan Muslim (bukan Bumiputera dan milikan asing).
Berdasarkan rekod sama, katanya hanya 24 peratus pemegang sijil halal adalah daripada syarikat Muslim (Bumiputera).
“Data ini menunjukkan peniaga bukan Bumiputera mencatatkan peratusan yang lebih tinggi bagi permohonan sijil halal berbanding peratusan peniaga Bumiputera.
“Hal ini membuktikan bahawa pensijilan halal Malaysia diyakini semua pihak tanpa mengira latar agama mahupun bangsa, malahan bagi terus menggalakkan permohonan pensijilan halal ini, prosesnya juga telah dipercepatkan bagi Negeri Pulau Pinang daripada 90 hari kepada 30 hari bekerja mulai November 2023,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Mohamad berkata pensijilan halal Malaysia membuka peluang untuk meningkatkan keyakinan pelanggan dan membuka pasaran lebih luas sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.
Beliau berkata pengusaha yang mendapat pensijilan halal mempunyai kelebihan yang kompetitif dan dipercayai pelbagai lapisan masyarakat.
“Berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy (SGIE) 2023 yang dikeluarkan Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.
“Jika dilihat dari sudut ekonomi, industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada AS$113.2 bilion (RM500.4 bilion) pada 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030,” katanya.
Justeru, beliau menyeru masyarakat untuk terus menyokong usaha dan komitmen JAKIM dalam meningkatkan penyertaan syarikat-syarikat terhadap permohonan pensijilan halal Malaysia bagi memastikan pengurusan SPHM berada pada tahap terbaik dan menjadi simbol kebanggaan negara. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord