Connect with us

Antarabangsa

Sami curi patung Buddha, barangan antik

Polis menahan seorang sami Thai kerana mencuri patung Buddha dan barangan antik dari tiga kuil di wilayah utara Phitsanulok, Thailand.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis menahan seorang sami Thai kerana mencuri patung Buddha dan barangan antik dari tiga kuil di wilayah utara Phitsanulok, Thailand.
  • Komander Polis Wilayah Phitsanulok, Nikhom Kruenopparat memaklumkan ThaiRath pada petang Selasa, 4 Jun, seorang sami berusia 59 tahun bernama Boonshirt Klinyaem ditangkap di resort di wilayah itu.
  • Polis kemudiannya mengiringi sami itu ke kuil berhampiran untuk upacara menanggalkan pakaian sami sebelum disoal siasat.
  • Thaiger melaporkan pegawai polis merampas patung Buddha dan barangan antik yang dicuri di pusat peranginan didiaminya itu.
  • Barang curi termasuk dua kepala patung Buddha, lima patung Buddha, dan barangan seramik tradisional Thailand yang dikenali sebagai Sangkhalok.

Polis menahan seorang sami Thai kerana mencuri patung Buddha dan barangan antik dari tiga kuil di wilayah utara Phitsanulok, Thailand.

Komander Polis Wilayah Phitsanulok, Nikhom Kruenopparat memaklumkan ThaiRath pada petang Selasa, 4 Jun, seorang sami berusia 59 tahun bernama Boonshirt Klinyaem ditangkap di resort di wilayah itu.

Polis kemudiannya mengiringi sami itu ke kuil berhampiran untuk upacara menanggalkan pakaian sami sebelum disoal siasat.

Thaiger melaporkan pegawai polis merampas patung Buddha dan barangan antik yang dicuri di pusat peranginan didiaminya itu.

Barang curi termasuk dua kepala patung Buddha, lima patung Buddha dan barangan seramik tradisional Thailand yang dikenali sebagai Sangkhalok.

Boonshirt mendedahkan dia seorang sami di Kuil Koh Mai Daeng di wilayah utara Sukhothai. 

Dia mendakwa memerlukan wang untuk membaiki keretanya yang rosak dan memutuskan mencuri patung dan barangan antik berharga untuk dijual dalam talian.

Boonshirt menegaskan ini kesalahan pertamanya dan dia masih belum menjual objek dicurinya. 

Bagaimanapun, polis tidak mempercayainya disebabkan dua kepala patung Buddha yang dirampas bukan milik ketiga-tiga kuil itu. 

Boonshirt didakwa mengikut Seksyen 335 Undang-undang Jenayah melakukan kecurian pada waktu malam. Hukuman ialah penjara antara satu hingga lima tahun dan denda dari 20,000 (RM2,570) hingga 100,000 baht (RM12,880). – The Merdeka Times

Author