Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Transgender, gay dan pekerja seks tidak dibenarkan derma darah di India

Pengecualian golongan transgender, gay dan wanita yang bekerja sebagai pekerja seks daripada menderma darah adalah berdasarkan data saintifik, demikian menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Transgender, gay dan pekerja seks tidak dibenarkan derma darah di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengecualian golongan transgender, gay dan wanita yang bekerja sebagai pekerja seks daripada menderma darah di India adalah berdasarkan data saintifik.
  • Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India  berkata pihaknya mengkategorikan golongan itu sebagai individu mempunyai risiko menghadapi HIV, Hepatitis B dan C.
  • Objektif keseluruhan pemindahan darah yang selamat (BTS) adalah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penerima darah yang didermakan.
  • Di antara hak individu penderma dengan hak penerima, hak penerima untuk menerima darah yang selamat melebihi hak individu untuk menderma darah.

NEW DELHI – Pengecualian golongan transgender, gay dan wanita yang bekerja sebagai pekerja seks daripada menderma darah adalah berdasarkan data saintifik, demikian menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India.

Kementerian itu dalam afidavit mengenai garis panduan derma darah di India berkata, pihaknya mengkategorikan transgender, gay dan pekerja seks sebagai individu yang mempunyai risiko menghadapi HIV, Hepatitis B dan C berdasarkan data saintifik dan pertimbangan pakar, lapor India Today.

Golongan itu kekal menjadi kumpulan yang terpinggir secara sosial dan didapati sukar untuk mendapatkan rawatan pada masa yang tepat kerana stigma masyarakat, walaupun mereka dijangkiti.

Disebabkan itu, risiko penularan daripada golongan tersebut terus meningkat dan berlaku penularan penyakit baharu daripada mereka, seperti yang dapat dilihat baru-baru ini dalam kes cacar monyet yang banyak dihadapi golongan gay.

Objektif keseluruhan pemindahan darah yang selamat atau safe blood transfusion system (BTS) adalah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penerima darah yang didermakan.

Segala usaha dilakukan adalah untuk memastikan penerima dilindungi daripada keputusan yang tidak diingini, terutamanya kerana ia tidak dapat dipulihkan. 

Oleh itu, di antara hak individu penderma dengan hak penerima, hak penerima untuk menerima darah yang selamat melebihi hak individu untuk menderma darah.

Integriti BTS adalah yang paling penting dari perspektif kesihatan awam dan mahkamah perlembagaan perlu patuh kepada data saintifik dikeluarkan pakar dalam isu itu.

Sumber: India Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *