Connect with us

Antarabangsa

TikTok tetapkan had masa bagi pengguna bawah umur

TikTok menetapkan setiap akaun pengguna di bawah usia 18 tahun akan mempunyai had masa skrin harian selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

TikTok tetapkan had masa bagi pengguna bawah umur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Akaun pengguna di bawah usia 18 tahun akan mempunyai had masa skrin harian selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.
  • Syarat itu dibuat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan kerajaan mengenai keselamatan dan keupayaan mengubah algoritmanya untuk menolak siaran tertentu.
  • Kemas kini itu juga mencerminkan peraturan permainan dikenakan ke atas kanak-kanak di bawah umur di China, syarikat induk TikTok, ByteDance bertapak.
  • Menurut Pusat Penyelidikan Pew, kira-kira dua pertiga remaja Amerika Syarikat (AS) menggunakan TikTok dan rata-rata keluarga bergelut untuk mengehadkan jumlah masa anak-anak menggunakan aplikasi milik China itu.

NEW YORK: TikTok menetapkan setiap akaun pengguna di bawah usia 18 tahun akan mempunyai had masa skrin harian selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.

Syarat itu dibuat berikutan terdapat kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan pelbagai kerajaan mengenai keselamatan dan keupayaan untuk mengubah algoritmanya untuk menolak siaran tertentu.

Kemas kini itu juga mencerminkan peraturan permainan yang dikenakan ke atas kanak-kanak di bawah umur di China, tempat syarikat induk TikTok, ByteDance bertapak.

Pada 2021, pihak berkuasa China mengeluarkan peraturan baharu yang membenarkan kanak-kanak bawah umur bermain permainan dalam talian hanya selama sejam sehari dan pada hari Jumaat, hujung minggu dan cuti umum sebagai usaha mengekang ketagihan internet.

Menurut Pusat Penyelidikan Pew, kira-kira dua pertiga remaja Amerika Syarikat (AS) menggunakan TikTok dan rata-rata keluarga bergelut untuk mengehadkan jumlah masa anak-anak menggunakan aplikasi milik China itu.

Ketua amanah dan keselamatan di TikTok, Cormac Keenan, menjelaskan apabila had 60 minit dicapai, kanak-kanak umur 13 tahun ke bawah akan disuruh untuk memasukkan kod laluan dan membuat ‘keputusan aktif’ untuk terus menonton 30 minit tambahan dengan kebenaran ibu bapa.

TikTok juga mengumumkan beberapa perubahan untuk pengguna termasuk keupayaan menetapkan had masa skrin sesuai setiap hari dalam seminggu dan membenarkan pengguna menetapkan jadual untuk senyapkan pemberitahuan.

Advertisement

Syarikat itu juga melancarkan mod ‘tidur’ untuk membantu orang ramai merancang tempoh waktu mereka mahu berada di luar talian pada waktu malam.

Sementara itu, Parlimen Eropah, Suruhanjaya Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah melarang TikTok daripada dipasang pada peranti rasmi.

Ini berikutan tindakan sama yang diambil oleh kerajaan Persekutuan AS, Kongres dan lebih separuh daripada 50 negeri di AS serta Kanada, yang turut mengharamkan aplikasi itu dimuat turun pada peranti kerajaan. – AP

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending