Terkini
(VIDEO) Projek Artikel 11: Jom Ziarah Gereja dan rumah ibadat lain bukan untuk samaratakan agama – Hannah Yeoh
Program Projek Artikel 11: Jom Ziarah Gereja dan rumah-rumah ibadat lain dianjurkan Impact Malaysia, agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bukan untuk menyamaratakan mana-mana agama.
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan projek itu tidak berniat untuk memberi gambaran semua agama mempunyai taraf sama sebagaimana anggapan dan dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah usaha untuk mengenali perbezaan agama yang ada dalam Malaysia.
- Melalui usaha itu masyarakat di negara ini yang berbilang bangsa dan agama boleh hidup dengan rukun, damai, lebih harmoni dan lebih bertoleransi.
- “Bagi isu yang dibangkitkan berkenaan pendaftaran berkenaan program ziarah gereja pihak kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan melibatkan penyertaan belia Muslim dan tiada belia Muslim yang akan memasuki gereja menerusi program ini,” kata Hannah pada sidang Dewan Rakyat di ibu negara petang tadi.
- Agensi di bawah KBS itu dilapor menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Jom Ziarah Gereja’ pada 18 Mac depan dan mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertainya (berdasarkan poster Impact Malaysia yang tular di media sosial).
- Semakan The Merdeka Times semalam mendapati poster ‘Jom Ziarah Gereja’ yang tertera tulisan antara lain ‘TERBUKA KEPADA BELIA BUKAN KRISTIAN!’ telah dialih keluar dari akaun Instagram Impact Malaysia.
- Komen utama (pinned comment) bagi hantaran kenyataan media Impact Malaysia semalam pula menyebut; “pendaftaran program Jom Ziarah ini hanya terbuka untuk peserta bukan-Muslim sahaja”.
KUALA LUMPUR – Program Projek Artikel 11: Jom Ziarah Gereja dan rumah-rumah ibadat lain dianjurkan Impact Malaysia, agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bukan untuk menyamaratakan mana-mana agama.
Menteri KBS, Hannah Yeoh menegaskan projek itu tidak berniat untuk memberi gambaran semua agama mempunyai taraf sama sebagaimana anggapan dan dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah usaha untuk mengenali perbezaan agama di Malaysia.
Katanya, melalui usaha itu masyarakat di negara ini yang berbilang bangsa dan agama boleh hidup dengan rukun, damai, lebih harmoni dan lebih bertoleransi.
View this post on Instagram
“Bagi isu yang dibangkitkan berkenaan pendaftaran berkenaan program ziarah gereja pihak kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan melibatkan penyertaan belia Muslim dan tiada belia Muslim yang akan memasuki gereja menerusi program ini.
“Sekadar maklumat semua program Jom Ziarah yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 4 Mac telah dihadiri lapan belia berbangsa Cina dan India manakala di Gurdwara pada 11 Mac hanya tiga orang belia berbangsa Cina menyertai program tersebut.
“Jadi orang yang mendakwa di luar sana tak perlu beri gambaran seperti beberapa orang belia telah masuk gereja dan mereka akan dipengaruhi. Tak ada. Data telah menunjukkan tak ada belia Muslim,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Hannah berkata pelaksanaan program melawat rumah ibadat bukanlah satu perkara baru memandangkan Kementerian Perpaduan Negara juga pernah mengadakan lawatan ke rumah ibadat melibatkan pelbagai penganut agama.
Katanya, lawatan itu dilaksanakan melalui jawatankuasa mempromosi persefahaman keharmonian di antara penganut agama yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Harmoni di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
“Saya juga ahli DAP… Saya tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam bagi agama Persekutuan.
“Perkara 31 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Segambut.
Impact Malaysia dilapor menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Jom Ziarah Gereja’ pada 18 Mac depan dan mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertainya (berdasarkan poster Impact Malaysia yang tular di media sosial).
Bagaimanapun, semakan The Merdeka Times semalam mendapati poster ‘Jom Ziarah Gereja’ yang tertera tulisan antara lain ‘TERBUKA KEPADA BELIA BUKAN KRISTIAN!’ telah dialih keluar dari akaun Instagram Impact Malaysia.
Manakala komen utama (pinned comment) bagi hantaran kenyataan media Impact Malaysia semalam menyebut; “pendaftaran program Jom Ziarah ini hanya terbuka untuk peserta bukan-Muslim sahaja”.
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama menyebut (1) tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Fasal (4) pula menyebut Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube Parlimen Malaysia
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times