Antarabangsa
Penjenayah pedofilia dimandulkan sebelum dibebaskan
Seorang penjenayah pedofilia di Louisiana yang disabitkan kesalahan diarahkan oleh hakim untuk menjalani kaedah kembiri atau pemandulan secara kimia sebelum dibebaskan dari penjara.
- Seorang penjenayah pedofilia yang disabitkan kesalahan diarahkan oleh hakim untuk menjalani kaedah kembiri atau pemandulan secara kimia sebelum dibebaskan dari penjara.
- Ryan Clark, dijatuhi hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk merogol tahap kedua, mencabul seorang remaja dan jenayah seksual.
- Hakim, Brian Ables turut memerintahkan Clark tidak dibenarkan berhubung langsung atau mendekati mangsa, mendaftar sebagai pesalah seks seumur hidup, kehilangan semua hak sebagai bapa kepada semua kanak-kanak selain diberi suntikan pemandulan kimia apabila dibebaskan.
- Kes beliau dibawa ke muka pengadilan pada Julai 2020 apabila Pejabat Syerif Tangipahoa menerima laporan mengenai tingkah laku tidak senonoh antara Clark dan seorang kanak-kanak bawah umur.
BATON ROUGE: Seorang penjenayah pedofilia di Louisiana yang disabitkan kesalahan diarahkan oleh hakim untuk menjalani kaedah kembiri atau pemandulan secara kimia sebelum dibebaskan dari penjara.
Lapor Mirror UK, Ryan Clark, 34, dari Amite, dijatuhi hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk merogol tahap kedua, mencabul seorang remaja dan jenayah seksual.
Hakim, Brian Ables turut memerintahkan Clark untuk tidak dibenarkan berhubung langsung atau mendekati mangsa, mendaftar sebagai pesalah seks seumur hidup, kehilangan semua hak sebagai bapa kepada semua kanak-kanak selain diberi suntikan pemandulan kimia apabila dibebaskan.
Kes Clark dibawa ke muka pengadilan pada Julai 2020 apabila Pejabat Syerif Tangipahoa menerima laporan mengenai tingkah laku tidak senonoh antara Clark dan seorang kanak-kanak bawah umur.
Berikutan laporan itu, kanak-kanak berkenaan ditemu bual di Pusat Advokasi Kanak-kanak di Hammond, di mana mereka memperincikan insiden tersebut.
Clark juga disabitkan sekali lagi pada 2015 atas kesalahan mencabul seorang remaja dan dijatuhi hukuman penjara 128 hari.
Pemandulan kimia pesalah seksual dilakukan dengan suntikan ubat antiandrogenik yang dipanggil Medroxyprogesterone acetate (MPA), yang menyekat dorongan seks lelaki.
Dadah itu sah di Louisiana pada 2008 selepas bekas Gabenor, Bobby Jindal menandatangani rang undang-undang untuk mengenakan rawatan dadah kepada mereka yang didapati bersalah atas jenayah tertentu termasuk mencabul remaja, merogol teruk, merogol secara paksa, penderaan seksual tahap kedua, sumbang mahram dan jenayah berat.
Suntikan diberikan sekurang-kurangnya seminggu sebelum pesalah seks yang disabitkan dibebaskan dari penjara.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar