Antarabangsa
Pembabitan Netanyahu baik pulih kehakiman adalah haram – Peguam Negara Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melanggar undang-undang dengan mengatakan beliau akan terbabit secara peribadi dalam rancangan baik pulih kehakiman, kata peguam negara hari ini.

- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melanggar undang-undang dengan mengatakan beliau akan terbabit secara peribadi dalam rancangan baik pulih kehakiman, kata peguam.
- Dalam menghadapi bantahan semakin sengit terhadap perubahan dicadangkan, berkata bahawa beliau mengetepikan semua pertimbangan lain dan akan melakukan ‘apa sahaja yang diperlukan’ untuk mencapai penyelesaian.
- Beliau menambah bahawa tangannya telah diikat, tetapi undang-undang baharu yang mengehadkan keadaan di mana seorang perdana menteri boleh disingkirkan memberinya lebih banyak ruang untuk bergerak.
- “Situasi undang-undang adalah jelas: anda mesti mengelak daripada sebarang pembabitan dalam inisiatif untuk menukar badan kehakiman, termasuk susunan jawatankuasa pelantikan hakim, kerana aktiviti sedemikian adalah konflik kepentingan.” – Peguam Negara Israel, Gali Baharav-Miara.
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melanggar undang-undang dengan mengatakan beliau akan terbabit secara peribadi dalam rancangan baik pulih kehakiman, kata peguam negara hari ini.
Dalam menghadapi bantahan yang semakin sengit terhadap perubahan yang dicadangkan, Netanyahu semalam berkata bahawa beliau mengetepikan semua pertimbangan lain dan akan melakukan ‘apa sahaja yang diperlukan’ untuk mencapai penyelesaian.
Netanyahu menambah bahawa tangannya telah diikat, tetapi undang-undang baharu yang mengehadkan keadaan di mana seorang perdana menteri boleh disingkirkan memberinya lebih banyak ruang untuk bergerak.
Bagaimanapun, Peguam Negara, Gali Baharav-Miara, dalam surat yang ditujukan kepada Netanyahu, tidak bersetuju.
“Situasi undang-undang adalah jelas: anda mesti mengelak daripada sebarang pembabitan dalam inisiatif untuk menukar badan kehakiman, termasuk susunan jawatankuasa pelantikan hakim, kerana aktiviti sedemikian adalah konflik kepentingan.”
“Kenyataan anda malam tadi dan sebarang tindakan yang anda ambil yang melanggar perkara ini adalah menyalahi undang-undang dan dicemari oleh konflik kepentingan,” tambah Baharav-Miara.
Sumber: Berita Harian
