Antarabangsa
Mississippi haramkan rawatan hormon, pembedahan tukar jantina kanak-kanak bawah umur
Mississippi mengharamkan penjagaan kesihatan pengesahan jantina bagi kanak-kanak bawah umur di negeri itu selepas Gabenor Republikan, Tate Reeves menandatangani undang-undang berkenaan pada Selasa.

- Pengharaman rawatan hormon dan pembedahan kepada golongan transgender bawah umur diharamkan di Mississippi.
- Ia termasuk pembedahan penukaran jantina, terapi hormon dan penyekat akil baligh.
- Gabenor Republikan, Tate Reeves berkata pembedahan hormon terhadap kanak-kanak bawah umur untuk menjadi transgender akan mengancam kesihatan mereka.
JACKSON – Mississippi mengharamkan penjagaan kesihatan pengesahan jantina bagi kanak-kanak bawah umur di negeri itu selepas Gabenor Republikan, Tate Reeves menandatangani undang-undang berkenaan pada Selasa.
Di bawah Rang Undang-undang (RUU) Dewan 1125, pembedahan penukaran jantina, terapi hormon dan penyekat akil baligh diharamkan bagi kanak-kanak di bawah umur.
Larangan sama turut dilakukan melalui badan perundangan dan terbaru diluluskan di Utah, South Dakota dan Tennessee, Amerika Syarikat (AS).
Reeves berkata pembedahan hormon terhadap kanak-kanak bawah umur untuk menjadi transgender akan mengancam kesihatan mereka.
Dia berpendapat rawatan kesihatan itu akan menjauhkan diri kanak-kanak daripada kebahagiaan.
Reeves berkata RUU itu akan “mengikut Sains” di mana kanak-kanak harus diberitahu siapa mereka, mengikut sijil kelahiran masing-masing.
“Saya sangat menentang mereka yang berumur 30 tahun dan 40 tahun yang menjalani jenis pembedahan ini, tetapi libertarian dalam diri saya semacam berkata jika itu yang anda mahu lakukan pada badan anda, OK. Tetapi tidak kepada kanak-kanak,” katanya seperti dipetik USA Today.
Reeves berkata seorang transgender bawah umur berkemungkinan dihalang daripada menerima ubat walaupun ia untuk tujuan lain.
Sumber: USA Today
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas