Connect with us

Terkini

Menteri rejim Israel mahu perkampungan di Palestin dimusnahkan

Seorang menteri kanan rejim Israel menggesa  supaya perkampungan Huwara di Palestin dimusnahkan, beberapa hari selepas penceroboh haram mengamuk di kampung berhampiran Nablus, Tebing Barat yang diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri rejim Israel mahu perkampungan di Palestin dimusnahkan
Foto: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.
  • Seorang menteri kanan rejim Israel menggesa  supaya perkampungan Huwara di Palestin dimusnahkan, selepas penceroboh haram mengamuk di kampung berhampiran Nablus, Tebing Barat yang diduduki.
  • “Saya rasa Huwara perlu dihapuskan,” – Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich
  • Mereka berang dengan pembunuhan dua saudara Israel oleh seorang lelaki bersenjata  di Huwara.

TEL AVIV, 9 Syaaban 1444H, Khamis – Seorang menteri kanan rejim Israel menggesa  supaya perkampungan Huwara di Palestin dimusnahkan, beberapa hari selepas penceroboh haram mengamuk di kampung berhampiran Nablus, Tebing Barat yang diduduki.

“Saya rasa Huwara perlu dihapuskan,” kata Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, sambil menambah Israel harus melakukannya, lapor media.

Pada malam Ahad, ratusan penceroboh haram Israel bersenjata menyerang Huwara dan kampung berhampiran serta membakar berpuluh-puluh rumah dan kereta.  

Mereka berang dengan pembunuhan dua saudara Israel oleh seorang lelaki bersenjata  di Huwara.

Seorang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 390 cedera dalam serangan itu – media Palestin melaporkan tikaman dan serangan dilakukan menggunakan batang logam dan batu.

Tentera Israel sering membiarkan serbuan peneroka serta tidak menghalangnya dan jarang mendakwa pelaku.

Serangan terhadap rakyat Palestin telah meningkat sejak akhir Disember 2022, apabila Benjamin Netanyahu kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Advertisement

Tentera Israel telah melakukan tiga serbuan besar-besaran di bandar Palestin sejak Kabinet baharu Israel mula berkhidmat pada penghujung tahun lalu.

Ia termasuk satu di Nablus akhir bulan lalu, yang membawa kepada angka kematian terbesar Palestin dalam satu operasi ketenteraan Israel sejak 2005.

Perdana Menteri, Palestin Mohammad Shtayyeh menggesa ‘campur tangan antarabangsa’ terhadap jenayah Israel. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Advertisement

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending