Connect with us

Terkini

Mahkamah Persekutuan diberi kuasa semak semula kes banduan hukuman mati – Azalina

Mahkamah Persekutuan akan diberi kuasa untuk menyemak semula kes membabitkan 840 banduan yang dikenakan hukuman mati.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Persekutuan diberi kuasa semak semula kes banduan hukuman mati – Azalina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Persekutuan akan diberi kuasa untuk semak semula kes membabitkan 840 banduan dikenakan hukuman mati.
  • Rang Undang-Undang (RUU) Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 juga memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk semak semula kes 25 banduan hukuman mati, yang ditolak rayuan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.
  • Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika mahkamah kekalkan hukuman sedia ada selepas kajian semula hukuman, banduan masih boleh kemukakan rayuan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan Negeri.
  • “Bagaimanapun, permohonan mengkaji semula hukuman perlu dibuat dalam tempoh 90 hari dari tarikh kuat kuasa akta ini.
  • “Mahkamah boleh mempertimbangkan pelanjutan tempoh untuk mengemukakan permohonan kajian semula hukuman tertakluk alasan yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan akan diberi kuasa untuk menyemak semula kes membabitkan 840 banduan yang dikenakan hukuman mati.

Rang Undang-Undang (RUU) Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 juga akan memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula kes 25 banduan hukuman mati, yang ditolak rayuan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika mahkamah mengekalkan hukuman sedia ada selepas kajian semula hukuman, banduan masih boleh mengemukakan rayuan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan Negeri.

“Bagaimanapun, permohonan mengkaji semula hukuman perlu dibuat dalam tempoh 90 hari dari tarikh kuat kuasa akta ini.

“Mahkamah boleh mempertimbangkan pelanjutan tempoh untuk mengemukakan permohonan kajian semula hukuman tertakluk alasan yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azalina berkata, permohonan kajian semula hukuman boleh dikemukakan sekali sahaja.

Beliau berkata, akta baharu itu juga terpakai bagi 117 orang banduan yang sedang menjalani pemenjaraan seumur hayat iaitu 47 banduan yang sudah dijatuhkan hukuman dan 70 orang banduan hukuman mati yang diberi peringanan hukuman oleh Lembaga Pengampunan Negeri.

“Selain itu, 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, yang akan berkuat kuasa kelak.

“Dengan pemansuhan hukuman mati mandatori dan pindaan berbangkit susulan pemansuhan itu, Kerajaan Perpaduan beranjak ke arah pemansuhan hukuman mati bagi enam kesalahan tertentu,” katanya.

Azalina, berkata pemansuhan hukuman mati mandatori itu bertujuan menghargai dan menghormati nyawa setiap individu.

Pada masa yang sama, katanya, ia bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan untuk semua pihak, termasuk mangsa pembunuhan, kes yang membabitkan pengedaran dadah serta keluarga mangsa.

“Sehubungan itu, dasar yang dicadangkan melalui RUU ini adalah satu jalan tengah untuk memastikan keadilan dipelihara bagi semua,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending