Antarabangsa
Lesbian diharamkan dari ‘ruang wanita sahaja’ di UK
Kumpulan lesbian diharamkan dari ruang ‘wanita sahaja’ dalam usaha untuk memasukkan lelaki dikenali sebagai wanita (transgender), menurut satu laporan.

- Kumpulan lesbian diharamkan dari ruang ‘wanita sahaja’ dalam usaha untuk memasukkan lelaki dikenali sebagai wanita (transgender), menurut satu laporan.
- Penyelidikan itu dilakukan kumpulan kempen feminis Sex Matters memaparkan testimoni wanita sebagai sebahagian daripada tinjauan di seluruh UK tentang ruang jantina tunggal.
- Laporan itu juga mencadangkan kumpulan lesbian supaya menerima kelompok transgender dalam usaha untuk mencegah diskriminasi di bawah Akta Kesaksamaan.
Kumpulan lesbian diharamkan dari ruang ‘wanita sahaja’ dalam usaha untuk memasukkan lelaki dikenali sebagai wanita (transgender), menurut satu laporan.
Mereka dikatakan bertemu secara rahsia untuk menghentikan acara ‘diceroboh lelaki’ yang tertarik dengan wanita dan mengaku lesbian.
Penyelidikan itu dilakukan kumpulan kempen feminis Sex Matters memaparkan testimoni wanita sebagai sebahagian daripada tinjauan di seluruh UK tentang ruang jantina tunggal.
Pengarahnya, Maya Forstater berkata wanita melaporkan bagaimana menempah kelab, disko dan minuman alkohol untuk kelompok wanita sahaja, telah hilang.
Menurutnya, perkara itu boleh dilihat di atas talian di mana aplikasi temu janji lesbian termasuk lelaki yang mendakwa diri mereka adalah wanita.
“Ini adalah cerita yang anda fikir anda akan dengar dari negara-negara dalam zaman gelap gay,” katanya.
Laporan bertajuk ‘Lesbian tanpa kebebasan: Bagaimana UK menafikan kebebasan berpersatuan kepada wanita yang menyayangi wanita’ itu mencadangkan kumpulan lesbian agar menerima transgender dalam usaha untuk mencegah diskriminasi di bawah Akta Kesaksamaan.
Sumber: Mail Online
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas