Connect with us

Antarabangsa

Lelaki ‘pro-anak angkat’ didakwa lakukan jenayah seksual kanak-kanak, guna identiti palsu Rabbi Yahudi

Seorang lelaki Houston yang terkenal di media sosial dan akhbar tempatan kerana “keluarga unik” anak angkatnya didakwa atas beberapa jenayah seks terhadap kanak-kanak. 

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki 'pro-anak angkat' didakwa lakukan jenayah seksual kanak-kanak, guna identiti palsu Rabbi Yahudi
Foto: Hayim Nissim Cohen.
  • Hayim Nissim Cohen, 38, dilaporkan mencipta identiti sebagai Rabbi Yahudi Hasidic yang sakit kronik untuk mengaburkan jenayah dibuat kini berdepan 11 pertuduhan jenayah. 
  • Jenayah Cohen mula terungkap pada 1 Februari lalu selepas salah seorang anak angkatnya, kini berusia 17 tahun, memanggil talian podcast nasihat dan memberitahu penderaan terperinci terhadap dia dan adik-beradiknya yang berlaku sejak dia berusia 11 tahun.
  • Cohen, menampilkan dirinya sebagai bapa tunggal yang membesarkan sembilan anak lelaki Yahudi ultra-Ortodoks.
  • Anak angkatnya mencabar keaslian kesihatan Cohen yang didakwa kurang baik, mendakwa dia tidak pernah menggunakan alat perubatan bantuan itu ketika berada di rumah. 

Seorang lelaki Houston yang terkenal di media sosial dan akhbar tempatan kerana “keluarga unik” anak angkatnya didakwa atas beberapa jenayah seks terhadap kanak-kanak. 

Hayim Nissim Cohen, 38, dilaporkan mencipta identiti sebagai Rabbi Yahudi Hasidic yang sakit kronik untuk mengaburkan jenayahnya kini menghadapi 11 pertuduhan jenayah, termasuk kecederaan kepada kanak-kanak bawah 15 tahun, serangan seksual yang teruk terhadap kanak-kanak dan penderaan seksual berterusan terhadap kanak-kanak. 

Cohen dikenali sebagai penyokong kuat pengambilan anak angkat, malah dia menggesa orang ramai, termasuk lelaki bujang, untuk melakukannya.

Jenayah Cohen mula terungkai pada 1 Februari lalu selepas salah seorang anak angkatnya, kini berusia 17 tahun, memanggil talian podcast nasihat dan memaklumkan penderaan terperinci berlaku terhadapnya dan adik-beradiknya sejak dia berusia 11 tahun.

Remaja itu yang menggunakan telefon mudah alih (burner phone) berkata dia merancang menunggu sehingga dewasa untuk melaporkan perbuatan bapa angkatnya berikutan takut hukuman daripada Cohen, yang bertindak merasuah dan mengancam akan mencederakan, malah membunuh dia dan adik-beradiknya jika mereka membuat aduan kepada polis.

Dia juga menyatakan keengganan melaporkan perkara itu kerana tidak percaya dengan sistem perlindungan kanak-kanak, kerana kegagalan mereka yang sepatutnya menjaga proses ambil anak angkat.

Podcasters, yang mengambil berat tentang kehidupan remaja itu, mendapatkan lebih banyak butiran sebelum menghubungi polis, yang kemudiannya mengesan panggilan itu dan mencari remaja terbabit. 

Ketua Pendakwa Bahagian Jenayah Terhadap Kanak-kanak Peguam Daerah Harris County, Janna Oswald menjelaskan kanak-kanak itu dikurung dalam bilik hampir sepanjang hari dan Cohen kadangkala akan memaksa mereka melakukan aksi seks sebaik sahaja mereka dilepaskan. 

Oswald juga berkata Cohen menggunakan agama dan populariti media sosial untuk mengaburkan realiti jenayahnya.

Cohen, menampilkan dirinya sebagai bapa tunggal yang membesarkan sembilan anak lelaki Yahudi ultra-Ortodoks, mengumpulkan pengikut yang besar di TikTok, di mana 200,000 pengikut keluarga itu melihat kandungannya lebih daripada tiga juta kali.

Dalam banyak gambar di halaman media sosial keluarga itu, Cohen dilihat menggunakan topeng oksigen dan kerusi roda — dua peranti yang turut digunakannya semasa penampilan mahkamah. 

Bagaimanapun, anak angkatnya mencabar keaslian kesihatan Cohen yang didakwa kurang baik, mendakwa dia tidak pernah menggunakan alat perubatan bantuan itu ketika berada di rumah. 

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending