Connect with us

Antarabangsa

Larangan import arak mula dikuat kuasa di Iraq

Agensi kastam Iraq menerima arahan semalam untuk mula menguatkuasakan larangan import alkohol meskipun terdapat pertikaian mengenai undang-undang di negara itu, lapor laman berita Wion News.

Wartawan TMT

Published

on

Larangan import arak mula dikuat kuasa di Iraq
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi kastam Iraq menerima arahan untuk mula menguatkuasakan larangan import alkohol semalam.
  • “Pihak Berkuasa Kastam Am telah memberi arahan kepada semua pusat kastam untuk melarang kemasukan semua jenis minuman beralkohol,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.
  • Undang-undang baharu itu memperuntukkan denda antara 10 juta hingga 25 juta dinar (RM30,671 hingga RM76,678) bagi kesalahan yang dilakukan.

BAGHDAD – Agensi kastam Iraq menerima arahan semalam untuk mula menguatkuasakan larangan import alkohol meskipun terdapat pertikaian mengenai undang-undang di negara itu, lapor laman berita Wion News.

Kedai-kedai runcit khusus bagaimanapun, yang mendominasi jualan arak dibenarkan terus beroperasi sekurang-kurangnya di kota Baghdad, demikian menurut agensi berita AFP.

Undang-undang baharu yang melarang penjualan, import dan pengilangan arak itu pertama kali diluluskan oleh Parlimen Iraq pada 2016, namun ia hanya diterbitkan dalam warta rasmi pada 20 Februari lalu sebelum digariskan menjadi undang-undang.

“Pihak Berkuasa Kastam Am telah memberi arahan kepada semua pusat kastam untuk melarang kemasukan semua jenis minuman beralkohol,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.

Undang-undang baharu itu memperuntukkan denda antara 10 juta hingga 25 juta dinar (RM30,671 hingga RM76,678) bagi kesalahan yang dilakukan.

Undang-undang itu bagaimanapun bertentangan dengan dekri kerajaan yang dilaksanakan pada 14 Februari lalu dengan menetapkan duti sebanyak 200 peratus bagi semua minuman beralkohol yang diimport untuk empat tahun akan datang.

Pelaksanaan tersebut mendapat kritikan keras daripada ahli-ahli parlimen dan penyokong hak-hak asasi manusia yang mewakili minoriti bukan Islam di Iraq yang semakin berkurangan.

Advertisement

Awal minggu lepas, lima ahli parlimen memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung Persekutuan yang mendakwa larangan itu adalah menyalahi undang-undang kerana ia tidak menghormati hak-hak penduduk minoriti.

Walaupun larangan alkohol adalah undang-undang persekutuan, ia mungkin tidak terpakai di wilayah autonomi Kurdis Iraq yang mengendalikan pos kastamnya sendiri di sempadan utara dengan Turkiye. – AGENSI

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending