Antarabangsa
Ikat, tikam & rompak pasangan, transgender dijel di penjara lelaki
Seorang wanita transgender yang menikam, mengikat dan merompak pasangannya akan menjalani hukuman selama hampir sedekad di penjara lelaki.

- Seorang transgender yang menikam, mengikat dan merompak pasangannya akan menjalani hukuman selama hampir sedekad di penjara lelaki.
- Zara Jade, 54, menyerang pasangannya di flat Halifax, Ogos lalu, sebelum meninggalkannya dalam keadaan terikat, semasa dia menggunakan kad bank mangsa untuk mengeluarkan wang tunai dari ATM.
- Mahkamah Bradford Crown menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kepada Jade, pada Isnin, dengan tempoh lanjutan selama tiga tahun.
- Jade menikam pasangannya dengan pisau kecil sebelum mengikatnya menggunakan seluar ketat pada kerusi berkuasa elektrik dan meletakkan mangsa dalam keadaan berbaring.
London: Seorang wanita transgender yang menikam, mengikat dan merompak pasangannya akan menjalani hukuman selama hampir sedekad di penjara lelaki.
Zara Jade, 54, menyerang pasangannya di flat Halifax, Ogos lalu, sebelum meninggalkannya dalam keadaan terikat, semasa dia menggunakan kad bank mangsa untuk mengeluarkan wang tunai dari ATM.
Dia mengaku bersalah atas enam kesalahan termasuk mengurung, melakukan serangan dan rompakan.
Mahkamah Bradford Crown menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kepada Jade, pada Isnin, dengan tempoh lanjutan selama tiga tahun.
Jade menikam pasangannya dengan pisau kecil sebelum mengikatnya menggunakan seluar ketat pada kerusi berkuasa elektrik dan meletakkan mangsa dalam keadaan berbaring.
Dia kemudian meminta nombor PIN keselamatan mangsa bagi mengeluarkan wang 300 pound sterling (RM1,632.31) di mesin ATM.
Selain hukuman penjara, hakim menjatuhkan perintah sekatan tanpa had yang melarang Jade daripada menghubungi mangsa.
Pada Februari lalu, Dasar Setiausaha Kehakiman menghalang mana-mana wanita transgender yang disabitkan dengan keganasan seksual atau mempunyai ‘kemaluan lelaki’ daripada memasuki penjara wanita.
Ini bermakna jika seorang wanita transgender tidak menjalani pembedahan yang mengesahkan jantina dan walaupun melakukan kesalahan kecil, dia akan ditempatkan di penjara lelaki.
Data rasmi menunjukkan, majoriti besar wanita transgender ditempatkan di penjara lelaki di England dan Wales.
Kira-kira 230 orang transgender dipenjarakan, menurut laporan Kementerian Kehakiman yang dikeluarkan pada November 2022.
Daripada jumlah itu, 168 adalah wanita transgender, 42 lelaki transgender, 13 orang tidak mewakili keduanya dan tujuh dikenal pasti dengan cara berbeza atau tidak memberikan respons.
Hanya enam banduan wanita transgender ditempatkan di penjara wanita.
Sumber: Harian Metro
