Connect with us

Terkini

I-Guru sambut baik usaha KPM wujudkan pembantu guru

Bukan hanya meringankan beban, malah dengan adanya pembantu, guru akan lebih fokus kepada tugas hakiki dalam mengajar dan proses pembinaan kemenjadian murid serta pelajar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan.
  • Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya menyambut baik usaha KPM mengkaji keperluan jawatan itu kerana sejak sekian lama guru memang sudah terbeban dengan kerja sampingan seperti perkeranian.
  • “Jika ada pembantu, mereka akan membantu guru menyelesaikan tugas perkeranian seperti memasukkan data, mengisi borang, membuat salinan fotokopi soalan-soalan dan sebagainya.
  • “Ini akan memberi peluang kepada guru untuk memberi tumpuan lebih kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), mentaksir dan melaksanakan program pemulihan semula pelajar.
  • Katanya, kementerian juga boleh mempertimbangkan cadangan pengambilan pembantu guru itu dari kalangan graduan pendidikan yang menyertai MySTEP.

Kuala Lumpur: Bukan hanya meringankan beban, malah dengan adanya pembantu, guru akan lebih fokus kepada tugas hakiki dalam mengajar dan proses pembinaan kemenjadian murid serta pelajar.

Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji keperluan jawatan itu kerana sejak sekian lama guru memang sudah terbeban dengan kerja sampingan seperti perkeranian.

“Jika ada pembantu, mereka akan membantu guru menyelesaikan tugas perkeranian seperti memasukkan data, mengisi borang, membuat salinan fotokopi soalan-soalan dan sebagainya.

“Ini akan memberi peluang kepada guru untuk memberi tumpuan lebih kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), mentaksir dan melaksanakan program pemulihan semula pelajar.

“Jadi, tidak timbul isu tidak cukup masa atau guru tak masuk kelas dan sebagainya kerana guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja hakiki mereka berbanding kerja sampingan lain,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas usaha KPM yang sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban digalas guru ketika ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azizee berkata, kementerian juga boleh mempertimbangkan cadangan pengambilan pembantu guru itu dari kalangan graduan pendidikan yang menyertai Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP).

“Jika ambil guru sedia ada, ia akan menambah kos kerana gred gaji guru dan pembantu guru berbeza.

“Kalau boleh buat jawatan tetap ia bagus, tetapi jika secara kontrak kita cadangkan, mungkin pembantu guru ini diambil dari graduan MySTEP dalam bidang pendidikan.

“Ini bagi memberi mereka pendedahan awal dan memahami dunia sebenar kerjaya guru,” katanya.

Mohd Azizee berharap, pelantikan jawatan itu menjadi kenyataan sepertimana projek perintis pernah dilaksanakan di Melaka sebelum ini.

Semalam pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, usaha itu sebagai salah satu tujuh langkah dilaksanakan kementeriannya bagi memastikan isu beban tugas guru dapat ditangani segera bermula sesi persekolahan tahun ini.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *