Connect with us

Antarabangsa

Carolina Selatan pertimbang hukuman mati bagi individu lakukan pengguguran

Penggubal undang-undang Republikan sedang mempertimbang satu rang undang-undang yang mengenakan hukuman mati terhadap individu yang melakukan pengguguran kandungan.

Ziera Adurah

Published

on

Carolina Selatan pertimbang hukuman mati bagi individu lakukan pengguguran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang dari parti Republikan sedang mempertimbang satu rang undang-undang yang mengenakan hukuman mati terhadap individu yang melakukan pengguguran kandungan.
  • Perubahan itu akan memastikan bayi belum lahir yang menjadi mangsa pembunuhan diberi perlindungan sama rata.
  • Rang undang-undang itu membuat pengecualian kepada wanita mengandung jika mereka terpaksa melakukan sedemikian atas sebab kematian atau kecederaan pada badan.
  • Tiada pengecualian untuk kes rogol dan sumbang mahram.

CAROLINA SELATAN – Penggubal undang-undang Republikan sedang mempertimbang satu rang undang-undang yang mengenakan hukuman mati terhadap individu yang melakukan pengguguran kandungan.

Rang undang-undang itu yang diperkenalkan sebagai ‘South Carolina Prenatal Equal Protection Act 2023’ akan mengubah kod jenayah negeri itu dan mentakrifkan semula ‘individu’ untuk memasukkan telur persenyawaan pada titik impregnasi.

Menurut undang-undang itu, perubahan tersebut akan “memastikan bayi belum lahir yang menjadi mangsa pembunuhan diberi perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang jenayah pembunuhan” di bawah undang-undang Carolina Selatan, yang termasuk hukuman mati.

Rang undang-undang itu membuat pengecualian kepada wanita mengandung yang melakukan pengguguran jika mereka “terpaksa melakukan sedemikian atas sebab kematian atau kecederaan pada badan” dan pengecualian jika pengguguran dibuat untuk menyelamatkan nyawa ibu mengandung itu – tiada pengecualian untuk kes rogol dan sumbang mahram.

Tindakan Mahkamah Agung yang dibuat pada musim panas tahun lalu untuk membatalkan hak perlembagaan untuk kes pengguguran menimbulkan implikasi sama ada seseorang yang menggugurkan kandungan boleh didakwa membunuh di negeri yang mempunyai undang-undang anti-pengguguran.

Sejak keputusan itu, undang-undang anti-pengguguran yang termasuk tuduhan pembunuhan sebagai hukuman jenayah, mula diusulkan di negeri-negeri seperti Carolina Selatan, Kentucky dan Arkansas. 

Sumber: USA Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending