Connect with us

Terkini

323 hektar tanah kerajaan untuk miskin tegar, B40 usaha projek fertigasi – Rafizi

Tanah seluas kira-kira 323 hektar milik Kerajaan Persekutuan dikenal pasti untuk projek tanaman fertigasi bagi membantu miskin tegar dan kumpulan B40 menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

323 hektar tanah kerajaan untuk miskin tegar, B40 usaha projek fertigasi – Rafizi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Tanah seluas kira-kira 323 hektar milik Kerajaan Persekutuan dikenal pasti untuk projek tanaman fertigasi bagi membantu miskin tegar dan kumpulan B40 menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
  • Tanah itu akan dibangunkan melalui komponen Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) bertujuan meningkatkan pendapatan miskin tegar dan B40 serta kurangkan kebergantungan kepada pengimportan bahan mentah. – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
  • Beliau berkata, selepas hampir dua minggu dilancarkan, IPR sudah merekodkan jumlah permohonan kira-kira 24,000 melalui tiga komponen diperkenalkan iaitu INTAN, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
  • “Di peringkat permulaan, tumpuan diberikan kepada tanaman strategik seperti cili dan jagung. Selain itu, sejumlah kira-kira 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan telah dikenal pasti untuk dimanfaatkan bagi tujuan inisiatif ini.
  • “Sejak dilancarkan Kementerian Ekonomi menerima maklum balas dan sambutan menggalakkan yang mana penyertaan bertambah dari sehari ke sehari,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Tanah seluas kira-kira 323 hektar milik Kerajaan Persekutuan dikenal pasti untuk projek tanaman fertigasi bagi membantu miskin tegar dan kumpulan B40 menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata tanah itu akan dibangunkan melalui komponen Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) bertujuan meningkatkan pendapatan miskin tegar dan B40 serta mengurangkan kebergantungan kepada pengimportan bahan mentah.

Beliau berkata, selepas hampir dua minggu dilancarkan, IPR sudah merekodkan jumlah permohonan kira-kira 24,000 melalui tiga komponen diperkenalkan iaitu INTAN, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

“Di peringkat permulaan, tumpuan diberikan kepada tanaman strategik seperti cili dan jagung. Selain itu, sejumlah kira-kira 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan telah dikenal pasti untuk dimanfaatkan bagi tujuan inisiatif ini.

“Sejak dilancarkan Kementerian Ekonomi menerima maklum balas dan sambutan menggalakkan yang mana penyertaan bertambah dari sehari ke sehari,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan R Yuneswaran (PH-Segamat) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan bagaimana IPR dapat membantu isi rumah B40 dan miskin tegar menjana pendapatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *