Connect with us

Antarabangsa

24 individu ditahan lakukan hubungan homoseksual

Sebuah mahkamah di Burundi mendakwa 24 individu melakukan “amalan homoseksual”, kata sumber kehakiman dan aktivis hak asasi manusia di negara itu kepada agensi berita AFP dipetik Africanews.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

24 individu ditahan lakukan hubungan homoseksual
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah di Burundi mendakwa 24 individu melakukan “amalan homoseksual”, demikian menurut sumber kehakiman dan aktivis hak asasi manusia di negara itu.
  • Kira-kira sepuluh hari, 17 lelaki dan tujuh wanita “didakwa dengan amalan homoseksual dan hasutan melakukan amalan homoseksual.
  • Pihak polis menahan kesemua tertuduh pada 23 Februari di Gitega, di mana ahli-ahli MUCO Burundi, sebuah NGO memerangi AIDS, sedang melangsungkan seminar.
  • Polis menemui kondom dan dokumen mengenai hak gay di premis itu.
  • “Mereka mesti dibuang negeri, dilayan sebagai orang buangan di negara ini kerana mereka membawa laknat kepada kita,” kata Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiye.

BURUNDI – Sebuah mahkamah di Burundi mendakwa 24 individu melakukan “amalan homoseksual”, kata sumber kehakiman dan aktivis hak asasi manusia di negara itu kepada agensi berita AFP dipetik Africanews.

Selepas soal siasat yang berlangsung kira-kira sepuluh hari, 17 lelaki dan tujuh wanita yang didakwa dengan amalan homoseksual dan hasutan melakukan amalan homoseksual oleh pendakwa raya sebelum dipenjarakan di penjara pusat Gitega.

Tertuduh akan kekal di dalam penjara sehingga perbicaraan.

Sumber kehakiman yang tidak mahu identitinya dikenali mengesahkan dakwaan terhadap tertuduh.

Pihak polis menahan kesemua 24 individu itu pada 23 Februari di Gitega di mana ahli-ahli MUCO Burundi, sebuah badan NGO yang bekerja untuk memerangi AIDS, sedang melangsungkan seminar.

Masyarakat setempat memaklumkan kepada pihak berkuasa keselamatan selepas melihat remaja lelaki dan perempuan di ibu pejabat MUCO. Sumber kehakiman memberitahu agensi berita itu bahawa polis menemui kondom dan dokumen mengenai hak gay di premis itu.

Mereka dituduh mempromosi homoseksualiti dan amalan seks sejenis yang dianggap jenayah yang boleh dihukum penjara.

Kanun Keseksaan diisytiharkan pada 2009 oleh mendiang Presiden Pierre Nkurunziza menyatakan hubungan seksual di antara individu sama jantina boleh dihukum penjara selama tiga bulan hingga lima tahun.

Penggantinya, Evariste Ndayishimiye pula menghentam semua golongan homoseksual, termasuk mereka yang tinggal di luar negara itu, dalam sebuah ucapan minggu lalu.

“Saya meminta semua warga Burundi untuk mengecam mereka yang terlibat dalam hubungan homoseksual kerana Tuhan tidak mampu menanggungnya. Mereka mesti dibuang negeri, dilayan sebagai orang buangan di negara ini kerana mereka membawa laknat kepada kita,” katanya.

Di Afrika Timur, seperti negara-negara lain di benua itu, LGBTQ menghadapi diskriminasi dalam masyarakat konservatif sama ada dalam masyarakat Kristian atau Muslim di mana amalan homoseksual adalah haram untuk dilakukan.

Sumber: African News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *