Connect with us

Antarabangsa

10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi

Seramai 10 hakim bakal berdepan hukuman mati di Arab Saudi, atas tuduhan terlalu berlembut dalam kes membabitkan pejuang hak asasi manusia dan aktivis hak wanita.

Wartawan TMT

Published

on

10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 10 hakim bakal berdepan hukuman mati di Arab Saudi, atas tuduhan terlalu berlembut dalam kes membabitkan pejuang hak asasi manusia dan aktivis hak wanita.
  • Kesemua didakwa mengkhianati kedudukan masing-masing apabila mengakui terlalu lembut dalam kes membabitkan keselamatan negara
  • Hakim Abdullah Khaled al-Luhaidan dikatakan membenarkan pejuang hak wanita terkemuka, Loujain al-Hathloul, dibebaskan selepas menghadapi pertuduhan pada Disember 2020.
  • Seorang lagi hakim ditahan ialah Abdulaziz Medawi al-Jaber menjatuhi hukuman mati terhadap kanak-kanak bawah umur dan ramai lagi termasuk yang mati dalam hukuman gantung secara beramai-ramai pada Mac 2022.
  • Daripada hakim yang didakwa itu, enam dari Mahkamah Jenayah yang mendakwa kes keganasan manakala empat dari Mahkamah Tinggi.

Riyadh: Seramai 10 hakim bakal berdepan hukuman mati di Arab Saudi, atas tuduhan terlalu berlembut dalam kes membabitkan pejuang hak asasi manusia dan aktivis hak wanita.

Kesemua mereka didakwa mengkhianati kedudukan masing-masing apabila mengakui terlalu lembut dalam kes membabitkan keselamatan negara, lapor Mirror.

Hakim Abdullah Khaled al-Luhaidan dikatakan membenarkan pejuang hak wanita terkemuka, Loujain al-Hathloul, dibebaskan selepas menghadapi pertuduhan pada Disember 2020.

Loujain yang pernah berkongsi pentas One World dengan Meghan Markle sudah menjalani hukuman penjara dua tahun sepuluh bulan daripada keseluruhan hukuman enam tahun sebelum dibebaskan al-Luhaidan pada Februari 2021.

Seorang lagi hakim yang ditahan ialah Abdulaziz Medawi al-Jaber yang menjatuhi hukuman mati terhadap kanak-kanak bawah umur dan ramai lagi termasuk yang mati dalam hukuman gantung secara beramai-ramai pada Mac 2022.

Daripada hakim yang didakwa itu, enam dari Mahkamah Jenayah yang mendakwa kes keganasan manakala empat dari Mahkamah Tinggi.

Menurut Democracy for the Arab World Now (DAWN) yang berkempen untuk pembaharuan di Timur Tengah berkata, Putera Mahkota Mohammed Salman menggantikan hakim itu dengan hakim perbicaraan kes aktivis politik.

Mereka yang baharu dilantik mula meningkatkan hukuman secara mendadak terhadap dua wanita Arab Saudi kerana menggunakan media sosial.

Pengarah DAWN Cawangan Teluk, Abdullah Alaoudh berkata, tuduhan dilemparkan terhadap hakim itu yang kebanyakannya menjatuhkan hukuman terhadap warga Saudi atas arahan Putera Mahkota menunjukkan tiada siapa selamat di Arab Saudi.

“Pendakwaan hakim adalah lambang pembersihan Putera Mahkota dan percubaan menjadikan badan kehakiman tunduk kepada kehendaknya.

“Tiada apa yang dapat melindungi hak asasi warga Saudi untuk hidup bebas, malah tidak mematuhi perintah Putera Mahkota secara membuta tuli atau menjalankan kerja kotornya dengan menjatuhkan hukuman penjara panjang kepada pengkritiknya.

“Melalui pendakwaan hakim itu, mesej jelas menunjukkan mereka perlu bertindak kejam bagi mengelak mereka berdepan tindakan,” katanya.

Tahun lalu, seramai 138 individu dijatuhi hukuman mati meningkat berbanding tahun 2020 dan 2021.

DAWN diasaskan bersama oleh wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi yang dibunuh kumpulan serangan Saudi di konsulat negara itu di Istanbul.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending