Antarabangsa
Wanita etnik Uyghur berdepan penderaan seksual, dipaksa kahwin dan kandungan digugurkan
Wanita Uyghur dipaksa berkahwin dengan orang Cina Han, kandungan digugurkan dan berdepan pelbagai kekejaman Parti Komunis China (PKC) yang juga merupakan sebahagian usaha menghapuskan etnik itu, demikian kata peguam bela Uyghur, Rushan Abbas dalam sidang akhbar di Taipei, semalam.

- Wanita Uyghur dipaksa berkahwin dengan orang Cina Han, kandungan digugurkan dan berdepan pelbagai kekejaman Parti Komunis China (PKC) yang juga merupakan sebahagian usaha menghapuskan etnik itu, demikian kata peguam bela Uyghur, Rushan Abbas dalam sidang akhbar di Taipei, semalam.
- PKC juga menyediakan pinjaman kepada lelaki Han di Xinjiang, untuk menggalakkan mereka berkahwin dengan wanita Uyghur, malah ramai wanita yang tinggal di kem di bawah kerajaan didera secara seksual oleh polis.
- PKC menghantar lebih 1.1 juta ahli parti untuk mengawasi wanita Uyghur di rumah mereka di mana beberapa wanita dirogol atau dipaksa menggugurkan kandungan mereka.
Wanita Uyghur dipaksa berkahwin dengan orang Cina Han, kandungan digugurkan dan berdepan pelbagai kekejaman Parti Komunis China (PKC) yang juga merupakan sebahagian usaha menghapuskan etnik itu, demikian kata peguam bela Uyghur, Rushan Abbas dalam sidang akhbar di Taipei, semalam.
Pengasas Kempen Uyghur dan calon Hadiah Keamanan Nobel 2022 itu menggesa pentadbiran dunia mengecam China yang melancarkan perang terhadap maruah manusia, demokrasi dan kebebasan dengan bertindak menghentikan pembunuhan beramai-ramai etnik Uyghur.
Menurut Rushan, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa dasar Beijing yang ingin mengasimilasikan budaya Uyghur, termasuk memaksa wanita etnik itu berkahwin dengan lelaki Cina Han, menindas budaya dan agama mereka serta mengawal etnik itu.
Katanya, PKC menghantar lebih 1.1 juta ahli parti untuk mengawasi wanita Uyghur di rumah mereka di mana beberapa wanita dirogol atau dipaksa menggugurkan kandungan mereka.
Rushan berkata parti itu turut menyediakan pinjaman kepada lelaki Han di Xinjiang, untuk menggalakkan mereka berkahwin dengan wanita Uyghur, malah ramai wanita yang tinggal di kem di bawah kerajaan itu didera secara seksual oleh polis.
“Mayat wanita Uyghur (telah) menjadi medan perang di mana pembunuhan beramai-ramai Uyghur sedang dijalankan.
“‘Rancangan Bunga Delima’ Beijing memindahkan berjuta-juta kanak-kanak Uyghur dengan menempatkan mereka bersama keluarga Cina, rumah angkat atau sekolah berasrama sekaligus menafikan budaya Uyghur,” katanya dipetik Taipei Times.
Sumber : Taipei Times
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN