Connect with us

Terkini

TVET diselaras semula, yuran masih dikenakan

Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sektor pendidikan tinggi sedang diselaraskan kembali supaya lebih menekankan aspek berteknologi tinggi, berseni tinggi dan bersentuhan tinggi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

TVET diselaras semula, yuran masih dikenakan
Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • TVET dalam sektor pendidikan tinggi sedang diselaraskan kembali supaya lebih tekankan aspek berteknologi tinggi, berseni tinggi dan bersentuhan tinggi.
  • Aspek ‘high tech’, ‘high art’ dan ‘high touch’ adalah cakupan berasaskan perkembangan semasa teknologi dengan menggabungkan kedinamikan pelbagai disiplin ilmu. – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
  • “Kerajaan sudah beri subsidi sehingga 90 peratus. Jadi saya percaya kita mahu supaya dapat terus berikan pengajian berkualiti dan tentunya kita perlukan sedikit sebanyak pelajar tunjukkan komitmen dengan buat bayaran.”.
  • “Kementerian bersetuju TVET harus jadi aliran pendidikan tinggi yang utamakan teknologi terkemuka dunia dan mampu persiapkan pelajar dengan tuntutan industri,” katanya.

KUALA LUMPUR: Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sektor pendidikan tinggi sedang diselaraskan kembali supaya lebih menekankan aspek berteknologi tinggi, berseni tinggi dan bersentuhan tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata aspek ‘high tech’, ‘high art’ dan ‘high touch’ itu adalah cakupan berasaskan perkembangan semasa teknologi dengan menggabungkan kedinamikan pelbagai disiplin ilmu.

“Di pihak kementerian, perkara ini memang sedang kita usahakan,” katanya semasa menggulung usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat, semalam (22 Februari).

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata, kerajaan masih perlu mengenakan yuran bagi pengajian TVET di politeknik untuk memastikan jaminan kualitinya.

Namun, katanya, berkata pelajar hanya dikenakan caj atau yuran sangat rendah iaitu RM200 semester di mana kerajaan memberikan subsidi sehingga 90 peratus.

“Caj atau yuran bagi program politeknik selaku penyedia utama program TVET hanyalah sebanyak RM200 satu semester sedangkan yuran sebenar setiap semester kira-kira RM1,850 bagi peringkat sijil dan RM2,100 bagi peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Ini bermakna kerajaan sudah beri subsidi sehingga 90 peratus. Jadi saya percaya kita mahu supaya dapat terus memberikan pengajian yang berkualiti dan tentunya kita memerlukan sedikit sebanyak pelajar itu menunjukkan komitmen dengan membuat bayaran,” katanya.

Beliau menjawab cadangan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) supaya semua kursus berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta TVET di institusi pengajian tinggi (IPT) ditawarkan secara percuma.

Mohamed Khaled berkata, kementerian bersetuju TVET harus menjadi aliran pendidikan tinggi yang mengutamakan teknologi terkemuka dunia dan mampu mempersiapkan pelajar dengan tuntutan industri.

“Perkara ini sudah saya nyatakan secara mendalam baru-baru ini bahawa setiap komponen pendidikan tinggi, TVET khususnya mesti menjadi pilihan yang seimbang dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, data menunjukkan 93.7 peratus lepasan politeknik pada 2021 berjaya menyertai alam pekerjaan.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *