Connect with us

Antarabangsa

Masjid di UK terima surat layang rai kematian mangsa gempa di Turkiye, Syria

Masjid-masjid di London  menerima surat tanpa nama yang meraikan kematian beribu-ribu orang di Turkiye dan Syria dalam gempa bumi dua minggu lalu dan berharap lebih banyak musibah menimpa umat Islam di rantau itu. 

Ziera Adurah

Published

on

Masjid di UK terima surat layang rai kematian mangsa gempa di Turkiye, Syria
Gambar surat tanpa nama meraikan kematian beribu-ribu orang di Turkiye dan Syria dalam gempa bumi minggu lalu.
  • Masjid-masjid di London  menerima surat tanpa nama yang meraikan kematian beribu-ribu orang di Turkiye dan Syria.
  • Saya ingin memberitahu dengan jelas bahawa saya tidak merasakan kesedihan yang mendalam beribu-ribu orang mati. Saya hanya benar-benar kesal kerana lebih ramai orang Islam tidak mati. – tulis surat itu.
  • Penulis yang belum dikenal pasti itu berharap agar lebih banyak kematian berlaku di rantau itu.

Masjid-masjid di London  menerima surat tanpa nama yang meraikan kematian beribu-ribu orang di Turkiye dan Syria dalam gempa bumi dua minggu lalu dan berharap lebih banyak musibah menimpa umat Islam di rantau itu. 

Masjid Ramadan dan Masjid Aziziye menerima surat penuh kebencian itu semasa seluruh dunia menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa di negara terbabit.

“Saya ingin memberitahu dengan jelas bahawa saya tidak merasakan kesedihan yang mendalam beribu-ribu orang mati. Saya hanya benar-benar kesal kerana lebih ramai orang Islam tidak mati,” tulis surat itu.

Menyatakan rasa gembira atas penderitaan dan kematian yang disebabkan gempa bumi pada 6 Februari lalu, penulis yang belum dikenal pasti itu berharap agar lebih banyak kematian berlaku di rantau itu.

Pengerusi Masjid Ramadan, Erkin Gurney, berkata kepada agensi berita Anadolu bahawa kandungan surat itu “sangat gelap, menjengkelkan dan sangat mengganggu”.

Turut menerima surat itu adalah Ebu Bekir Tezgel, seorang Imam di Masjid Aziziye di Stoke Newington, yang mengatakan beliau menerima sepucuk surat mempunyai “kenyataan yang membimbangkan” tentang Muslim.

“Terkejut untuk menerima surat sebegini di kala semua masyarakat di dunia bersatu untuk menunjukkan sokongan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria,” katanya.

Mereka pernah menerima ancaman sama pada masa lalu, namun kali ini kebenciannya adalah “pada tahap lain,” kata Tezgel.

Sumber: TRT World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending