Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak Syria kembali bersekolah selepas gempa bumi

Setelah hampir tiga minggu sejak gempa bumi menggegarkan utara Syria, negara itu kini membuka semula sesi persekolahan bermula Ahad lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Kanak-kanak Syria kembali bersekolah selepas gempa bumi
Foto: Murid-murid Sekolah Lelaki Harem, Syria.
  • Sesi persekolahan di Syria dibuka semula bermula Ahad lalu selepas hampir tiga minggu sejak gempa bumi berlaku.
  • Pihak sekolah memulakan sesi dengan latihan menghadapi gempa bumi.
  • Kehadiran pada Ahad lalu hanya separuh sahaja kerana masih ramai murid yang trauma dengan gempa bumi tempoh hari.
  • Kementerian Pendidikan di Wilayah Idlib, Syria, mengesahkan seramai 39 guru dan 421 murid terkorban dalam bencana gempa itu.

Setelah hampir tiga minggu sejak gempa bumi menggegarkan utara Syria, negara itu kini membuka semula sesi persekolahan bermula Ahad lalu.

Memetik laporan Aljazeera, antara sekolah yang mula dihadiri murid ialah Sekolah Lelaki Harem.

Seorang muridnya, Ward Shreit, 10, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya kembali ke sekolah.

Walaupun dirinya bertuah kerana tiada anggota keluarganya yang terkorban dalam gempa bumi itu, Ward turut bersedih apabila salah seorang rakan sekelasnya terkorban.

“Saya rasa sedih kerana dia tiada lagi di sekolah dan saya tidak dapat berjumpa dengannya lagi. Dia sangat bijak, dan kami sering bermain bersama-sama,” katanya.

Pembukaan semula sesi persekolahan kali ini dimulakan dengan latihan pemindahan jika gempa bumi berlaku lagi.

Menurut guru besar sekolah, Ahmad Sheikh Ahmad, pihak sekolah mengajar murid untuk berkumpul di padang permainan sekolah jika siren kecemasan berbunyi.

“Jika, moga ia tidak berlaku, gempa bumi yang kuat, kami mengajar mereka untuk berlindung di bawah meja dengan tangan di atas kepala mereka.

“Jika mereka tiada di dalam bilik darjah atau di luar ketika siren berbunyi, maka mereka mesti berada dalam posisi mendakap tubuh dan berlindung di mana-mana sudut dinding,” katanya dipetik AlJazeera.

Katanya, kehadiran pada Ahad lalu hanya separuh memandangkan masih ramai murid yang trauma dengan bencana alam itu.

Namun, Ahmad berharap sesi persekolahan itu akan mengembalikan rasa normal dalam kehidupan murid.

Menurut Kementerian Pendidikan di wilayah Idlib, kira-kira 250 sekolah di wilayah itu rosak akibat gempa bumi, terutama di bandar Harem, Salqin, Atarib, Idlib dan al-Mulund.

Sebuah sekolah musnah sepenuhnya dan 203 rosak sebahagian, manakala selebihnya mengalami kerosakan kecil.

Kementerian itu juga mengesahkan seramai 39 guru dan 421 murid terkorban dalam bencana gempa itu.

Sumber: Aljazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending