Connect with us

Terkini

Kenaikan harga sayur agak merunsingkan – Peniaga

Menurut Azman Baharin, 63, yang berniaga sayur sejak enam tahun lalu, kenaikan harga sayur-sayuran amat merunsingkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kenaikan harga sayur agak merunsingkan – Peniaga
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peniaga mengesa kerajaan supaya mengambil tindakan sewajarnya susulan tidak mahu pelanggan salah faham sekali gus mengelak mereka dilabel cekik darah.
  • Menurut Azman Baharin, 63, yang berniaga sayur sejak enam tahun lalu, kenaikan harga sayur-sayuran amat merunsingkan.
  • “Pembekal terpaksa mengikut harga pasar borong sana selain mengambil kira faktor cuaca ketika ini. Keadaan ini kita tak boleh kawal, tetapi apa boleh buat.
  • “Kita kesian juga pada pelanggan, tetapi peniaga kecil macam saya ini pun bukan boleh untung besar. Tidak tahulah nak luah pada siapa lagi,” katanya.

SEREMBAN – Kenaikan harga beberapa jenis sayur yang didakwa melonjak sejak sebulan lalu diakui peniaga sayur di pasar besar di sini sehingga mereka meluahkan rasa terhimpit dengan keadaan tersebut.

Malah mereka juga turut menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan sewajarnya susulan tidak mahu pelanggan salah faham sekali gus mengelakkan mereka dilabel cekik darah.

Menurut Azman Baharin, 63, yang berniaga sayur sejak enam tahun lalu, kenaikan harga sayur-sayuran amat merunsingkan.

“Pembekal maklumkan terpaksa mengikut harga pasar borong sana selain mengambil kira faktor cuaca ketika ini. Keadaan ini kita tak boleh kawal, tetapi apa boleh buat.

“Kita kesian juga pada pelanggan, tetapi peniaga kecil macam saya ini pun bukan boleh untung besar. Tidak tahulah nak luah pada siapa lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi peniaga, Sinar Sarifudin, 43, dari Sikamat mengakui harga bendi dan kacang panjang sebelum ini hanya RM6 sekilogram, tetapi meningkat kepada RM16 dan RM12.

“Begitu juga dengan harga tomato, sekarang boleh cecah RM11 sekilogram berbanding sebelumnya sekitar RM5 hingga RM6 sekilogram.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

Author