Connect with us

Terkini

“Hanya jaga pengguna, kebajikan pemandu teksi & e-hailing diabaikan,” – Yang Dipertua GTSM

Masalah berbangkit membabitkan sektor teksi dan e-hailing perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kerajaan melaksanakan sebarang pelan bagi membangunkan industri tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

“Hanya jaga pengguna, kebajikan pemandu teksi & e-hailing diabaikan,” - Yang Dipertua GTSM
Foto: Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain
  • Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, pihaknya sambut baik usaha dirangka kerajaan untuk tambah baik sistem pengangkutan awam ke arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
  • Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan tidak boleh hanya menjaga kepentingan pengguna sebaliknya perlu bertanggungjawab selesaikan masalah dihadapi pemain industri.
  • “Malangnya kebajikan kami sebagai pemain industri sering kali diabaikan dan tidak diendahkan,” katanya.

 

KUALA LUMPUR – Masalah berbangkit membabitkan sektor teksi dan e-hailing perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kerajaan melaksanakan sebarang pelan bagi membangunkan industri tersebut.

Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, pihaknya menyambut baik sebarang usaha dirangka kerajaan dalam menambah baik sistem pengangkutan awam ke arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Pengangkutan tidak boleh hanya menjaga kepentingan pengguna sebaliknya perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah dihadapi pemain industri.

“Malangnya kebajikan kami sebagai pemain industri sering kali diabaikan dan tidak diendahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas berhubung usaha kerajaan untuk meningkatkan kecekapan sistem jaringan pengangkutan awam bagi meningkatkan jumlah pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Selasa memaklumkan, kebergantungan terhadap bas perantara sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan isu jaringan sistem pengangkutan first mile dan last mile.

Anthony berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang melaksanakan projek perintis untuk memperkenalkan konsep ‘transport sharing’ kepada syarikat teksi dan e-hailing bagi membolehkan pengguna mendapat tambang yang lebih rendah.

Kamarudin berkata, kerajaan perlu mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara itu.

Tegasnya, terlebih dahulu, sektor teksi dan e-hailing perlu diselaraskan dan diletakkan dalam satu kelas yang sama kerana menjalankan aktiviti yang sama.

“Kaedah menyerahkan untung rugi kami kepada syarikat pengendali adalah langkah yang tidak tepat.

“Kerajaan juga perlu mengawal kadar tambang perkhidmatan dengan memperkenal penetapan harga lantai.

Katanya, kerajaan tidak boleh hanya melihat aspek kebajikan pengguna semata-mata tapi periuk nasi pemandu teksi dan e-hailing juga perlu diambil kira.

“Jika mahu kenakan tambang rendah kepada pengguna, kos tersebut tidak boleh hanya diserahkan kepada pemain industri sepenuhnya.

“Sebaliknya, kerajaan perlu main peranan dengan menyediakan subsidi bagi tampung kos tersembunyi,” katanya.

Tambahnya, walaupun pemain industri berada dalam keadaan tertekan, namun mereka mengambil sikap memberi ruang kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu berbangkit sektor teksi dan e-penghantar.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending