Connect with us

Terkini

Pemuda PAS Gombak buat laporan polis pemandu e-hailing sebar fitnah, hina Islam

Dewan Pemuda PAS Gombak membuat laporan polis hari ini terhadap pemandu e-hailing yang didakwa menghina dan menyebarkan fitnah tentang Islam kepada pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Pemuda PAS Gombak membuat laporan polis hari ini terhadap pemandu e-hailing yang didakwa menghina dan menyebarkan fitnah tentang Islam kepada pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.
  • Laporan polis dibuat di Balai Polis Gombak Batu 6, di sini sekitar jam 1.33 petang.
  • “Tular sebuah video seorang pemandu e-hailing berbual dengan sekumpulan pelancong asing di dalam kereta dan di dalam video tersebut pemandu e-hailing telah menyebarkan fitnah dan mengejek/menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia.
  • “Ini adalah isu 3R yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Gombak akan turun membuat laporan polis (di Balai Polis Gombak Batu 6) pada petang ini!” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu e-hailing dikecam pengguna media sosial kerana didakwa memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.
  • Pemandu e-hailing itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.

KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS Gombak membuat laporan polis hari ini terhadap pemandu e-hailing yang didakwa menghina dan menyebarkan fitnah tentang Islam kepada pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.

Pemuda PAS Gombak berkata tindakan pemandu e-hailing itu adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan isu 3R iaitu agama, kaum dan raja.

Justeru, pihaknya hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Gombak Batu 6, di sini sekitar jam 1.33 petang.

“Tular sebuah video seorang pemandu e-hailing berbual dengan sekumpulan pelancong asing di dalam kereta dan di dalam video tersebut pemandu e-hailing telah menyebarkan fitnah dan mengejek/menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia.

“Ini adalah isu 3R yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Gombak akan turun membuat laporan polis pada petang ini!” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Foto: Ketua Penerangan Pemuda PAS Gombak (baju biru), Suffi Kamari & Pengerusi NGO Khidmat Gombak, Iqman Iberahim (baju hitam) menunjukkan keratan laporan polis dibuat hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu e-hailing dikecam pengguna media sosial kerana didakwa memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.

Berdasarkan video dirakam pelancong asing tersebut, lelaki berbangsa Cina tersebut mendakwa tidak adil baginya apabila rakyat agama lain diminta mengikuti peraturan-peraturan agama Islam.

Pemandu e-hailing itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.

Dalam video itu, lelaki terbabit berkata beliau tidak memahami pemikiran Muslim Malaysia kerana sepatutnya kelompok tersebut berseronok ketika dilahirkan di dunia. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author