Connect with us

Terkini

Pemandu teksi hidup dalam kemiskinan bandar – Gabungan Teksi Malaysia

Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa ketiadaan usaha menghapuskan peraturan disifatkan ‘double standard’ (dwidarjat) dan mewujudkan ‘level playing field’ (ruang adil dan saksama) menyebabkan pemandu teksi hidup dalam kemiskinan bandar.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa ketiadaan usaha menghapuskan peraturan disifatkan ‘double standard’ (dwidarjat) dan mewujudkan ‘level playing field’ (ruang adil dan saksama) menyebabkan pemandu teksi hidup dalam kemiskinan bandar.
  • Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Hussain mendakwa ketiadaan harga lantai dalam pasaran ekonomi gig turut menyebabkan syarikat-syarikat penyedia aplikasi tempahan saling bersaing bagi mendapatkan pelanggan dengan jalan mudah.
  • “Namun kini, ekonomi gig telah berubah menjadi pekerjaan tetap sedangkan kami yang mencari rezeki dalam sektor perkhidmatan bukan saja tidak berpeluang menjana pendapatan sampingan, malah pendapatan hakiki kami turut ‘dirompak’. Di manakah keadilan kepada kami?
  • “Kami berharap pindaan Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010) yang diluluskan pada April 2023 akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyelesaikan isu yang melanda industri teksi dan ekonomi gig,” katanya dipetik Berita Harian dalam satu kenyataan, semalam.

KUALA LUMPUR — Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa ketiadaan usaha menghapuskan peraturan disifatkan ‘double standard’ (dwidarjat) dan mewujudkan ‘level playing field’ (ruang adil dan saksama) menyebabkan pemandu teksi hidup dalam kemiskinan bandar.

Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Hussain mendakwa ketiadaan harga lantai dalam pasaran ekonomi gig turut menyebabkan syarikat-syarikat penyedia aplikasi tempahan saling bersaing bagi mendapatkan pelanggan dengan jalan mudah.

“Sebelum ini, ekonomi gig dianggap sebagai pekerjaan sampingan bagi memberi peluang kepada rakyat di luar industri kami, menjana pendapatan sampingan dalam sektor perkhidmatan kami.

“Namun kini, ekonomi gig telah berubah menjadi pekerjaan tetap sedangkan kami yang mencari rezeki dalam sektor perkhidmatan bukan saja tidak berpeluang menjana pendapatan sampingan, malah pendapatan hakiki kami turut ‘dirompak’. Di manakah keadilan kepada kami?

“Kami berharap pindaan Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010) yang diluluskan pada April 2023 akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyelesaikan isu yang melanda industri teksi dan ekonomi gig,” katanya dipetik Berita Harian dalam satu kenyataan, semalam.

Kamarul berkata selain keselamatan sosial pihaknya juga berharap kerajaan dapat memberikan perhatian khusus terhadap aspek kebajikan dan pendapatan pemandu teksi yang didakwa sudah lama terjejas teruk.

Pada masa sama, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook atas usaha kementerian itu memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pemandu teksi.

Pada Selasa lalu, Loke memaklumkan kementeriannya akan melaksanakan inisiatif bantuan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sepenuhnya kepada hampir 40,000 pemandu teksi di seluruh negara tahun ini.

Beliau berkata bantuan itu memberikan satu jaringan keselamatan sosial kepada pemandu teksi kerana kebanyakan mereka tiada caruman PERKESO mahu pun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending