Terkini
AS akui produk minyak sawit Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Khamis, produk minyak sawit buatan Sime Darby Plantation (SDP) tidak dihasilkan dengan mengguna pakai tenaga buruh paksa.
- Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengesahkan pada Khamis, produk minyak sawit buatan Sime Darby Plantation (SDP) tidak dihasilkan dengan mengguna pakai tenaga buruh paksa.
- Menurut CBP, ia mempunyai bukti yang cukup untuk mempercayai bahawa produk SDP “tidak lagi dilombong, dikeluarkan, atau dikilang mana-mana bahagiannya, dengan menggunakan buruh paksa.”
- Sebelum ini, barangan dihasilkan SDP disekat daripada memasuki AS kerana didakwa terlibat amalan buruh paksa termasuk dikatakan wujud unsur penderaan terhadap pekerja asing.
- “Kami optimis langkah besar yang kami ambil dalam memperkukuh kualiti hidup tenaga kerja kami akan diiktiraf tidak lama lagi oleh Kastam AS dan CBP dan kami akan dibenarkan menyambung semula eksport ke AS.” – Sime Darby Plantation.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Khamis, produk minyak sawit buatan Sime Darby Plantation (SDP) tidak dihasilkan dengan mengguna pakai tenaga buruh paksa.
Ia sekali gus membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.
Menurut CBP, ia mempunyai bukti yang mencukupi untuk mempercayai bahawa produk SDP “tidak lagi dilombong, dikeluarkan, atau dikilang mana-mana bahagiannya, dengan menggunakan buruh paksa.”
Sebelum ini, barangan yang dihasilkan SDP disekat daripada memasuki AS kerana didakwa terlibat amalan buruh paksa termasuk dikatakan wujud unsur penderaan terhadap pekerja asing.
“Kami optimis langkah besar yang kami ambil dalam memperkukuh kualiti hidup tenaga kerja kami akan diiktiraf tidak lama lagi oleh Kastam AS dan CBP dan kami akan dibenarkan menyambung semula eksport ke AS,” kata SDP dalam satu maklum balas kepada Bloomberg News.
April lalu, SDP menghantar laporan terperinci tentang operasi firma tersebut yang menunjukkan ia “mematuhi sepenuhnya” peraturan import AS dan piawaian buruh antarabangsa.
Pihak CBP sebelum ini mendakwa mereka mempunyai cukup maklumat yang menunjukkan SDP menggunakan buruh paksa selaras ciri-ciri yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain SDP, lapan syarikat Malaysia, termasuk yang terlibat dalam pembuatan minyak sawit dan sarung tangan, berada dalam senarai yang dilarang produknya memasuki AS kerana dikatakan terlibat amalan buruh paksa.
Sumber: Astro Awani