Connect with us

Terkini

Majikan ambil buruh asing, buang pekerja tempatan diberi amaran

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membatalkan kelulusan kuota pekerja asing yang sudah diberikan kepada mana-mana majikan atau syarikat jika mereka didapati memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing.

Wartawan TMT

Published

on

Majikan ambil buruh asing, buang pekerja tempatan diberi amaran
Foto: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
  • Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menegaskan majikan atau syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 setiap kesalahan kerana bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.
  • “Saya ingin memberi peringatan tegas kepada majikan dan syarikat-syarikat tempatan bahawa kelulusan kuota dan kebenaran penggajian pekerja asing kepada mereka adalah bagi menampung kekurangan guna tenaga dan bukan sesekali dijadikan alasan bagi mengantikan pekerja tempatan sedia ada.
  • “Sejak kebelakangan ini, KSM telah menerima banyak aduan mengenai syarikat-syarikat tempatan yang sudah mendapat kelulusan kuota pekerja asing dan kemudiannya mengambil tindakan pemberhentian terhadap pekerja tempatan,” katanya.

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membatalkan kelulusan kuota pekerja asing yang sudah diberikan kepada mana-mana majikan atau syarikat jika mereka didapati memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing.

Menterinya, V Sivakumar menegaskan, majikan atau syarikat itu juga boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan kerana bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.

“Saya ingin memberi peringatan tegas kepada majikan dan syarikat-syarikat tempatan bahawa kelulusan kuota dan kebenaran penggajian pekerja asing kepada mereka adalah bagi menampung kekurangan guna tenaga dan bukan sesekali dijadikan alasan bagi mengantikan pekerja tempatan sedia ada.

“Sejak kebelakangan ini, KSM telah menerima banyak aduan mengenai syarikat-syarikat tempatan yang sudah mendapat kelulusan kuota pekerja asing dan kemudiannya mengambil tindakan pemberhentian terhadap pekerja tempatan.

“Aduan terbaharu yang saya terima membabitkan pemberhentian 102 pekerja tempatan di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengecam tindakan pengurusan syarikat pembuatan di Nilai, Negeri Sembilan, yang didakwa ‘menganaktirikan’ pekerja tempatan dengan menggajikan buruh asing untuk menggantikan mereka.

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, Kerajaan Perpaduan amat prihatin dengan keperluan mendesak berkaitan kekurangan guna tenaga, khususnya guna tenaga asing di sektor-sektor industri yang kritikal.

“Sehubungan itu, KSM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Pelan Kelonggaran Pengajian Pekerja Asing (PKPPA) bermula 17 Januari sehingga 31 Mac ini.

“Ia untuk menyegerakan kelulusan permohonan kuota pekerja asing di lima sektor kritikal, iaitu perladangan, perkilangan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

“Saya juga ingin menasihatkan majikan bahawa setiap kekosongan pekerjaan yang ada di dalam negara ini perlu diberi keutamaan kepada rakyat dan pekerja tempatan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending