Connect with us

Terkini

Tiada kompromi jika eksploitasi buruh – Timbalan Menteri Sumber Manusia

Kerajaan komited untuk menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa di semua sektor pekerjaan di negara ini serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kegiatan berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud di Majlis Perasmian Karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan, di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.
  • Kerajaan komited untuk menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa di semua sektor pekerjaan di negara ini serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kegiatan berkenaan.
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, berkata walaupun kes pemerdagangan orang dan amalan buruh paksa di negara ini tidak serius, namun ia tetap tidak seharusnya berlaku.
  • Justeru, katanya, tindakan penguatkuasaan tegas diambil agensi di bawah kementerian itu terhadap pihak yang terbabit berpandukan undang-undang dan akta sedia ada.
  • “Contohnya, mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), pekerja asing yang berada di negara ini mesti diberi layanan baik,” katanya selepas Majlis Perasmian Karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan, di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, di sini, hari ini.

REMBAU: Kerajaan komited untuk menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa di semua sektor pekerjaan di negara ini serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kegiatan berkenaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, berkata walaupun kes pemerdagangan orang dan amalan buruh paksa di negara ini tidak serius, namun ia tetap tidak seharusnya berlaku.

Justeru, katanya, tindakan penguatkuasaan tegas diambil agensi di bawah kementerian itu terhadap pihak yang terbabit berpandukan undang-undang dan akta sedia ada.

“Contohnya, mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), pekerja asing yang berada di negara ini mesti diberi layanan baik.

“Kalau mereka bekerja di kilang, mesti ada penginapan yang baik, sebab itu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) membuat pemantauan dan serbuan bagi memastikan majikan mematuhi Akta 446 ini.

“Melalui tindakan proaktif ini, kita berharap dapat memperbaiki atau menaikkan rating negara dari segi menangani isu pemerdagangan manusia dan buruh paksa pada peringkat antarabangsa,” katanya selepas Majlis Perasmian Karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan, di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zafir Ibrahim dan Ketua Setiausaha KSM, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam laporan terbaru menjelaskan penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik asing menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia dan Singapura.

Ia dibuat berdasarkan tinjauan terhadap 1,201 pekerja domestik asing antara Julai hingga September 2022 di Malaysia, Singapura dan Thailand, yang menyatakan tempoh kerja yang panjang dan upah rendah adalah sesuatu yang lazim bagi pekerja domestik asing di semua negara berkenaan.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, berdasarkan standard perburuhan terdapat sekurang-kurangnya lima aspek yang perlu diberikan perhatian oleh setiap majikan.

Beliau berkata, ia membabitkan waktu bekerja maksimum 45 jam yang mana lebih daripada itu perlu dibayar upah tambahan, tempat tinggal yang baik, dan perlu membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Selain itu, pekerja mesti diberikan cuti walaupun berkhidmat sebagai pembantu rumah,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, kerajaan sentiasa melindungi kepentingan pekerja mengikut akta sedia ada.

Beliau berkata, setiap kes berkaitan pemerdagangan orang dan buruh paksa perlu dilaporkan kepada kementerian dan JTK supaya tindakan dapat diambil.

“Setiap kes berkaitan ini perlu dilaporkan kerana kerajaan tak mencari tetapi kita memantau, malah dalam prosiding perkara itu diberikan perhatian,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending