Connect with us

Antarabangsa

PBB sokong resolusi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli mereka

Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly’s Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.

Wartawan TMT

Published

on

PBB sokong resolusi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli mereka
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly’s Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.
  • Resolusi itu sahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
  • Resolusi turut gesa Israel patuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan pembinaan tembok apartheid yang tidak sah.

New York: Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly’s Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.

Resolusi itu mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi itu juga menyeru Israel untuk menghentikan eksploitasi, kerosakan, punca kerugian atau kekurangan dan mengancam sumber asli di wilayah terbabit.

Selain itu, resolusi berkenaan menegaskan bahawa pembinaan tembok apartheid, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan merampas sumber semula jadi rakyat Palestin merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Resolusi itu turut menggesa Israel mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan pembinaan tembok apartheid yang tidak sah.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending