Connect with us

Antarabangsa

Tamatkan eksploitasi buruh kanak-kanak – ILO

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menggesa supaya menghentikan eksploitasi buruh kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Tamatkan eksploitasi buruh kanak-kanak – ILO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menggesa supaya menghentikan eksploitasi buruh kanak-kanak.
  • Tindakan itu digesa bersempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia.
  • ILO mengadakan perbincangan peringkat tertinggi dengan tema ‘keadilan sosial untuk semua, hentikan buruh kanak-kanak’ iaitu acara sampingan ketika sesi Persidangan Buruh Antarabangsa.
  • Perbincangan itu memfokuskan hubungan antara keadilan sosial dan penghapusan buruh kanak-kanak.

GENEVA: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menggesa supaya menghentikan eksploitasi buruh kanak-kanak.

Tindakan itu digesa bersempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia.

Sehubungan itu, ILO mengadakan perbincangan peringkat tertinggi dengan tema ‘keadilan sosial untuk semua, hentikan buruh kanak-kanak’ iaitu acara sampingan ketika sesi Persidangan Buruh Antarabangsa.

Perbincangan itu memfokuskan hubungan antara keadilan sosial dan penghapusan buruh kanak-kanak.

Ahli panel yang mewakili pekerja, majikan dan kerajaan menekankan pentingnya usaha memerangi buruh kanak-kanak dan membincangkan penyelesaian untuk meningkatkan keadilan sosial.

“Amalan buruh kanak-kanak buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun semakin meningkat. Kira-kira 160 juta kanak-kanak, hampir satu daripada 10 di seluruh dunia, terbabit sebagai buruh kanak-kanak.

“Kita mesti meningkatkan perjuangan menentang buruh kanak-kanak dengan menyokong keadilan sosial yang lebih besar.

“Jika kita melakukan ini, penamatan buruh kanak-kanak bukan sahaja mungkin tetapi boleh dicapai,” tegas Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo dalam ucapan videonya pada acara berkenaan.

Menurut ILO dalam kenyataan yang disiarkan semalam, dunia sudah mencapai kemajuan kukuh dalam mengurangkan buruh kanak-kanak sejak 2000, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konflik, krisis dan pandemik COVID-19, menjerumuskan lebih banyak keluarga ke dalam kemiskinan dan memaksa berjuta-juta lagi kanak-kanak menjadi buruh kanak-kanak.

Katanya, pertumbuhan ekonomi saja tidak mencukupi atau cukup inklusif untuk melegakan tekanan yang terlalu banyak ditempuhi keluarga dan masyarakat.

Ini sekali gus memerlukan langkah-langkah memerangi buruh kanak-kanak termasuk penubuhan dan pelaksanaan rangka kerja undang-undang yang kukuh berdasarkan Piawaian Buruh Antarabangsa dan dialog sosial.

Selain itu katanya, ia memerlukan penyediaan akses universal kepada pendidikan berkualiti dan perlindungan sosial, serta langkah-langkah langsung untuk mengurangkan kemiskinan, ketidaksamaan ekonomi dan menggalakkan kerja yang baik untuk pekerja dewasa.

ILO melancarkan Hari Sedunia Penentangan Buruh Kanak-Kanak yang pertama pada 2002 sebagai satu usaha untuk menonjolkan nasib kanak-kanak yang terbabit dalam buruh kanak-kanak.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending