Connect with us

Antarabangsa

Pramugari British Airways kini boleh bertudung

British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu buat kali pertama selepas 20 tahun iaitu kru kabin wanita boleh memakai jumpsuit yang disifatkan sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’. 

Hidayah Sani

Published

on

Pramugari British Airways kini boleh bertudung
Foto: Seragam pramugari baharu British AIrways
  • British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu buat kali pertama selepas 20 tahun iaitu dengan menyertakan pilihan tunik dan tudung untuk kru kabin wanita.
  • Kru lelaki mempunyai pilihan memakai sut (three-piece suit), manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar bukan sekadar jumpsuit sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’.
  • 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu akan dilihat dengan seragam baharu menjelang musim panas ini, bermula dengan jurutera dan pengendali darat.
  • Rombakan seragam syarikat penerbangan itu adalah hasil projek selama lima tahun pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng yang pernah ditangguhkan selama dua tahun ekoran wabak koronavirus. 

 

British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu buat kali pertama selepas 20 tahun iaitu kru kabin wanita boleh memakai jumpsuit yang disifatkan sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’. 

Malah syarikat penerbangan itu menerusi kenyataan akhbarnya memberikan pilihan kru kabin wanitanya memakai tunik dan tudung.

Foto: Seragam baharu pramugari British Airways

 

Rombakan seragam syarikat penerbangan itu adalah hasil projek selama lima tahun pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng yang pernah ditangguhkan selama dua tahun ekoran wabak koronavirus. 

Melalui seragam baharu itu, lelaki mempunyai pilihan memakai sut (three-piece suit), manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar dan bukan sekadar jumpsuit selain diberi pilihan mengenakan tunik atau tudung yang direka syarikat penerbangan global itu untuk anak kapalnya. 

30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu akan dilihat dengan seragam baharu menjelang musim panas ini, bermula dengan jurutera dan pengendali darat.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle berkata, “Seragam kami adalah representasi ikonik jenama kami, sesuatu yang akan membawa kami ke masa depan, mewakili yang terbaik dari Britain moden dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan asli British yang hebat untuk pelanggan kami. 

“Dari awal lagi ini adalah mengenai orang kita. Kami mahu mencipta koleksi seragam yang menyebabkan orang kita bangga mengenakannya dan menerusi bantuan daripada lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin ia telah disampaikan”.

Kakitangan yang mengambil pakaian seragam baharu itu akan mengitar semula atau menderma pakaian lama mereka dengan 90 peratus bahannya adalah campuran fabrik diperbuat daripada poliester kitar semula.

“Lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian, membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam ujian masa,” kata British Airways.

Boateng sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik dengan mendapatkan inspirasi daripada syarikat penerbangan itu dan kakitangan menaiki pesawat sama. 

Corak gelombang udara yang muncul pada jaket, kemeja-T, butang dan tali leher dalam koleksi seragam baharu itu, diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat. 

Semua pakaian disesuaikan menampilkan fabrik jacquard dengan variasi speedmarque ikonik syarikat penerbangan itu.

 

Sumber : NDTV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending