Connect with us

Terkini

Islam agama Persekutuan tapi kita tak mampu selesaikan isu tudung pramugari muslim

Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tidak mampu untuk menyelesaikan isu tiada pilihan untuk bertudung yang dihadapi pramugari Islam di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar
  • Malaysia mempunyai pelbagai agensi agama, namun malangnya ia bukan penyelesaian pada masalah yang dihadapi oleh pramugari Muslim. – Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar
  • “Bertahun2 MAS Malaysia, AirAsia, Kementerian Pengangkutan kita tak dapat diyakinkan bahawa hak wanita Muslim (in fact mana-mana wanita) untuk boleh pilih pakaian yang selesa dan sesuai dan tak exposed kan mereka pada gangguan seksual.”
  • “Lebih menyedihkan, dalam perjuangan menegakkan hak wanita dalam isu ini, ia perlukan usaha sehingga dibincang dan dibawa ke mahkamah dan perlu meminjam beberapa artikel dari Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW).”
  • Profesor Dr Rafidah Hanim menyarankan supaya Malaysia mempelajari daripada negara-negara luar bagaimana mereka menyelesaikan isu fundamental ini.

 

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tidak mampu untuk menyelesaikan isu tiada pilihan untuk bertudung yang dihadapi pramugari Islam di negara ini.

Demikian luahan Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang juga berkata, Malaysia juga mempunyai pelbagai agensi agama, namun malangnya ia bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pramugari Muslim.

Beliau juga memberitahu bahawa isu ini telah memakan masa bertahun-tahun dan masih lagi tidak dapat meyakinkan beberapa pihak berkaitan, bahawa ianya hak wanita Muslim dan semua wanita untuk memilih pakaian yang selesa, sesuai dan tak mendedahkan mereka pada gangguan seksual.

“Bertahun2 MAS Malaysia, AirAsia, Kementerian Pengangkutan kita tak dapat diyakinkan bahawa hak wanita Muslim (in fact mana-mana wanita) untuk boleh pilih pakaian yang selesa dan sesuai dan tak exposed kan mereka pada gangguan seksual.”

Lebih menyedihkan, dalam perjuangan menegakkan hak wanita dalam isu ini, ia juga memerlukan usaha sehingga dibincang dan dibawa ke mahkamah dan perlu juga meminjam beberapa artikel termasuk dari Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), ujar beliau.

Justeru, Profesor Dr Rafidah Hanim menyarankan supaya Malaysia mempelajari daripada negara-negara luar bagaimana mereka menyelesaikan isu fundamental ini dengan menyertakan tangkap layar laporan British Airways yang telah memperkenalkan pakaian seragam baharu buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun.

British Airways buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun menampilkan hijab dan tunik sebagai salah satu pilihan uniformnya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan British Airways yang dilaporkan samudera.my, koleksi baharu untuk krew kabin itu menyediakan, sut three-piece untuk lelaki dipadankan dengan seluar berpotongan biasa dan slim fit, dress, skirt dan seluar untuk wanita, dan juga jumpsuit moden. Pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta untuk carrier global.

 

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending