Connect with us

Terkini

PM digesa lakukan reformasi pakaian pramugari patuh syariah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan reformasi berhubung polisi pemakaian patuh syariah dalam kalangan pramugari syarikat penerbangan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

PM digesa lakukan reformasi pakaian pramugari patuh syariah
Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Hanapi Jusoh.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan reformasi berhubung polisi pemakaian patuh syariah dalam kalangan pramugari syarikat penerbangan.
  • Ini disebabkan beliau mendapat kepercayaan hampir 100 peratus daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
  • Mencadangkan perkara itu, bekas Setiausaha Kanan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Hanapi Jusoh berkata perubahan itu mampu memberi kelonggaran kepada pramugari Muslim bagi menjaga aurat mereka.
  • “Menghalang pramugari mematuhi tuntutan agama Islam adalah bercanggah dengan kebebasan beragama,” katanya.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan reformasi berhubung polisi pemakaian patuh syariah dalam kalangan pramugari syarikat penerbangan.

Ini disebabkan beliau mendapat kepercayaan hampir 100 peratus daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dilihat mampu menangani permasalahan itu dengan bijak tanpa membangkitkan kebencian mana-mana kaum di Malaysia.

Bekas Setiausaha Kanan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Hanapi Jusoh berkata perubahan itu mampu memberi kelonggaran kepada pramugari Muslim bagi menjaga aurat mereka. 

“Kita pohon PM Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat islah berkaitan perkara ini agar mana-mana pramugari yang ingin memakai tudung dan menutup aurat dibolehkan berbuat demikian,” katanya dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Beliau mengulas video percakapan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof semasa menjadi Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga (KWK) mengenai isu pakaian patuh syariah pramugari tidak boleh dilaksanakan yang tular semula di platform media sosial.

“Antara lain beliau (Siti Zailah) menyebut kerana menteri dan timbalan menteri PAS sedikit dan tidak boleh bersuara,” katanya.

Beliau berkata menteri bertanggungjawab ketika tampuk pemerintahan ketika itu ialah Datuk Seri M Saravanan.

“Ini kerana Menteri Sumber Manusia pada masa itu adalah daripada parti MIC,” katanya.

Hanapi berkata menyekat kaum wanita Muslim daripada mematuhi tuntutan agama adalah bertentangan dengan hak kebebasan beragama.

“Menghalang pramugari menutup aurat dan mematuhi tuntutan agama Islam adalah bercanggah dengan kebebasan mengamalkan agama masing-masing. 

“Lebih-lebih lagi Islam adalah agama rasmi negara Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara kita,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Hanapi Jusoh

 

 

Author