Antarabangsa
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel
Syarikat penerbangan pada Rabu membatalkan penerbangan ke Israel kerana keadaan keselamatan di rantau itu.
- Syarikat penerbangan pada Rabu membatalkan penerbangan ke Israel kerana keadaan keselamatan di rantau itu.
- Syarikat penerbangan Lufthansa yang berpangkalan di Jerman pada Rabu memutuskan untuk menangguhkan semua penerbangan sambungan ke dan dari Tel Aviv. Ia juga menggantung penerbangannya di Tehran.
- Keputusan itu akan menjejaskan firma penerbangan lain di bawah Kumpulan Lufthansa iaitu Eurowings, Swiss, Austrian Airlines dan Brussels Airlines.
- Satu lagi syarikat penerbangan, Air France turut menggantung penerbangan Tel Avivnya, menurut akhbar Haaretz dipetik agensi berita Anadolu.
- Pada Selasa, sembilan individu maut dan ratusan cedera di Beirut dan beberapa kawasan di Lubnan dalam insiden letupan peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) dipercayai didalangi Israel.
Syarikat penerbangan pada Rabu membatalkan penerbangan ke Israel kerana keadaan keselamatan di rantau itu.
Syarikat penerbangan Lufthansa yang berpangkalan di Jerman pada Rabu memutuskan untuk menangguhkan semua penerbangan sambungan ke dan dari Tel Aviv.
Ia juga menggantung penerbangannya di Tehran.
Keputusan itu akan menjejaskan firma penerbangan lain di bawah Kumpulan Lufthansa iaitu Eurowings, Swiss, Austrian Airlines dan Brussels Airlines.
Satu lagi syarikat penerbangan, Air France turut menggantung penerbangan Tel Avivnya, menurut akhbar Haaretz dipetik agensi berita Anadolu.
Sebelum ini, American Airlines telah membatalkan penerbangannya ke dan dari Israel sehingga April 2025.
Pada Selasa, sembilan individu maut dan ratusan cedera di Beirut dan beberapa kawasan di Lubnan selepas dalam insiden letupan peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) dipercayai didalangi Israel.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dilaporkan berkata insiden letupan alat kelui yang mematikan di seluruh Lubnan itu adalah “sangat membimbangkan”. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord