Connect with us

Terkini

COVID-19: KPM ikut nasihat KKM buka atau tutup sekolah

Sebarang keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu COVID-19 adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

COVID-19: KPM ikut nasihat KKM buka atau tutup sekolah
Foto: Fadhlina Sidek.
  • Sebarang keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu COVID-19 bergantung kepada nasihat KKM.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata buat masa sekarang KKM belum mengeluarkan pekeliling kepada KPM untuk berbuat demikian.
  • “Itu (penularan varian baharu COVID-19) juga adalah kebimbangan kita ketika ini. KPM akan menurut sahaja nasihat KKM yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa demi keselamatan anak murid kita,”- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

SHAH ALAM: Sebarang keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu COVID-19 adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata setakat ini KKM belum mengeluarkan pekeliling kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk berbuat demikian.

“Itu (penularan varian baharu COVID-19) juga adalah kebimbangan kita ketika ini. KPM akan menurut sahaja nasihat KKM yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa demi keselamatan anak murid kita,” katanya mengulas berhubung SOP pencegahan COVID-19 di sekolah susulan penemuan dua varian baharu dari China.

Terdahulu beliau melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun pada hari pertama persekolahan.

Fadhlina berkata demikian bagi mengulas susulan varian baharu COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang telah dikesan berada di negara ini.

Sebelum ini, media melaporkan China akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19

Bagaimanapun timbul kebimbangan apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara itu baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *