Connect with us

Terkini

Bekalan sayur cukup namun harga naik tiga kali ganda!

Harga beberapa jenis sayur berdaun dan buah meningkat antara dua hingga tiga kali ganda berbanding harga sebelum Monsun Timur Laut (MTL).

Wartawan TMT

Published

on

Bekalan sayur cukup namun harga naik tiga kali ganda!
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan patut melihat perkara itu dengan serius kerana tidak mustahil pihak pembekal sengaja ambil kesempatan musim Monsun Timur Laut (MTL) dengan naikkan harga walaupun bekalan banyak di pasaran. – Pengguna, Halimah Sidek
  • “Sebagai pengguna, kenaikan harga ini melampau, tapi terpaksa juga membeli kerana ia keperluan,” katanya.
  • “Salad bulat dari RM4 kepada RM14 sekilogram, daun sup RM7 naik sehingga RM24 sekilogram, timun batang dan timun kampung dari RM4 kepada RM9 hingga RM10 sekilogram, manakala kacang dari RM8 kepada RM12 sekilogram,” – Peniaga, Norhazana Harun
  • “Harga sayur tidak turun buat masa ini kerana kita masih dalam musim MTL. Kalau turun pun selepas Aidilfitri,” katanya.

 

KUALA TERENGGANU: Harga beberapa jenis sayur berdaun dan buah meningkat antara dua hingga tiga kali ganda berbanding harga sebelum Monsun Timur Laut (MTL).

Kebiasaannya, kenaikan harga berlaku apabila bekalan kurang, tetapi apa yang menghairankan peniaga dan pengguna ialah ia berlaku apabila bekalan sayur di pasaran mencukupi.

Pengguna, Halimah Sidek, 46, dari Kampung Pulau Rusa, di sini, berkata keadaan itu menimbulkan kemusykilan dalam kalangan pengguna dan peniaga apabila berlaku kenaikan harga mendadak walaupun bekalan sayur mudah didapati.

“Bekalan sayur banyak tetapi kenapa harga mahal,” katanya ketika ditemui di Pasar Chabang Tiga, di sini, semalam.

Justeru, katanya, kerajaan sepatutnya melihat perkara itu dengan serius kerana tidak mustahil pihak pembekal sengaja mengambil kesempatan musim MTL dengan menaikkan harga walaupun bekalan banyak di pasaran.

“Biasanya kenaikan harga berlaku sekiranya bekalan kurang tetapi sekarang bekalan sayur di pasaran tidak putus, tetapi harga mahal.

“Sebagai pengguna, kenaikan harga ini melampau, tetapi terpaksa juga membeli kerana ia keperluan,” katanya.

Peniaga, Norhazana Harun, 33, dari Kampung Paloh, di sini, berkata beberapa jenis sayuran tanah tinggi yang paling ketara berlaku kenaikan adalah tomato, salad bulat, bunga kubis dan terung selain timun batang, sawi dan daun sup.

Katanya, jika sebelum MTL, modal untuk 10 kilogram tomato hanya RM35 tetapi kini harga naik sehingga RM100.

“Salad bulat dari RM4 kepada RM14 sekilogram, daun sup RM7 naik sehingga RM24 sekilogram, timun batang dan timun kampung daripada RM4 kepada RM9 hingga RM10 sekilogram, manakala kacang dari RM8 kepada RM12 sekilogram,” katanya.

Norhazana berkata, harga sayur dijangka terus naik pada Mac ini iaitu ketika menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

“Harga sayur tidak akan turun buat masa ini kerana kita masih dalam musim MTL. Kalau turun pun selepas Aidilfitri,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending