Connect with us

Antarabangsa

Seteruk mana kebuluran di Afrika?

Masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan bukanlah suatu perkara yang asing di Benua Afrika.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 37 daripada 54 negara di Afrika mengalami kelaparan pada tahap “serius” atau lebih tinggi. – Indeks Kelaparan Global (GHI) 2022.
  • Negara seperti Mauritania, Mali, Burkina-Faso, Niger dan Nigeria merupakan antara yang dikategorikan pada tahap “serius”.
  • Republik Afrika Tengah, Chad, Republik Demokratik Congo dan Madagascar pula berada di tahap “membimbangkan”.
  • Kebuluran berpunca daripada konflik, ketidakstabilan politik dan perubahan iklim secara konsisten.

Masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan bukanlah suatu perkara yang asing di Benua Afrika.

Ramai kanak-kanak di sana mengalami penyakit akibat kekurangan zat makan disebabkan masalah itu, malah ada yang maut.

Memetik laporan Concern Worldwide, laporan Indeks Kelaparan Global (GHI) 2022 menunjukkan sebanyak 37 daripada 54 negara di benua itu mengalami kelaparan pada tahap “serius” atau lebih tinggi.

Negara seperti Mauritania, Mali, Burkina-Faso, Niger dan Nigeria merupakan antara yang dikategorikan pada tahap “serius”.

Antara puncanya ialah ketidak tentuan cuaca yang menjejaskan penghasilan sumber makanan mereka.

Republik Afrika Tengah, Chad, Republik Demokratik Congo dan Madagascar pula antara negara yang  direkodkan paling lapar, di mana mereka berada di tahap “membimbangkan” dalam laporan itu.

Burundi, Somalia dan Sudan Selatan juga dijangka berada dalam kategori yang sama, namun tidak direkodkan dalam laporan tersebut kerana tiada data lengkap untuk tahun 2022.

Kebuluran dialami negara-negara di benua kedua terbesar dunia ini berpunca daripada konflik, ketidakstabilan politik dan perubahan iklim secara konsisten.

Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.

Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.

Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.

Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.

Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times.

Sumber: Concern Worldwide

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending