Connect with us

Terkini

Utara Gaza terputus bekalan makanan sejak tujuh hari lalu

Penduduk Palestin di utara Gaza telah mengalami terputus bekalan makanan sejak tujuh hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Utara Gaza terputus bekalan makanan sejak tujuh hari lalu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Palestin berkata, rakan kongsi keselamatan makanan agensi antarabangsa tidak dapat menyampaikan bantuan di bahagian utara.
  • Pengeboman pendudukan Israel yang sengit dan berterusan menyebabkan pekerja bantuan kemanusiaan menghadapi bahaya untuk berbuat demikian.
  • Ia menyebabkan 2.2 juta penduduk tidak mendapat bekalan air, makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas manusia.

GAZA CITY – Penduduk Palestin di utara Gaza telah mengalami terputus bekalan makanan sejak tujuh hari lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, rakan kongsi keselamatan makanan agensi antarabangsa tidak dapat menyampaikan bantuan di bahagian utara.

Pengeboman pendudukan Israel yang sengit dan berterusan menyebabkan pekerja bantuan kemanusiaan menghadapi bahaya untuk berbuat demikian.

Katanya, tentera Israel telah menyasarkan dan memusnahkan semua cara hidup untuk orang awam di Gaza.

Ia menyebabkan 2.2 juta penduduk tidak mendapat bekalan air, makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas manusia.

“Sebagai contoh, sehingga 7 November, tiada kedai roti dibuka di utara disebabkan kekurangan bahan api, air dan tepung gandum, serangan yang disasarkan pada panel solar serta kerosakan yang dialami oleh banyak pihak,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, ratusan ribu rakyat Palestin di bandar Gaza dan kawasan lain di utara Semenanjung Gaza semakin teruk.

Advertisement

Sementara itu, Perbandaran Gaza memberi amaran tentang risiko banjir kumbahan akan berlaku di kawasan besar bandar itu termasuk kawasan kejiranan Al-Zeitoun dan Al-Daraj.

Ini kerana sekurang-kurangnya 65 stesen pam kumbahan di bandar Gaza dan kawasan utara tidak dapat beroperasi kerana ketiadaan bahan bakar untuk menjana elektrik.

“Semua agensi dan kakitangan kemanusiaan telah menghadapi kekangan yang ketara dalam menyediakan bantuan kemanusiaan, disebabkan pencerobohan pendudukan Israel yang berterusan.

“Sekatan pergerakan dan kekurangan bekalan elektrik, bahan api, air, ubat-ubatan, dan barangan keperluan lain.

“Rakan kongsi kemanusiaan tidak boleh mengakses dengan selamat orang yang memerlukan bantuan dan gudang tempat bekalan bantuan disimpan,” katanya. – Agensi

Sumber: MalaysiaGazette

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending