Connect with us

Antarabangsa

17,000 tan bekalan makanan Sudan dirompak – PBB

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa hampir 17,000 tan metrik (18,700 tan) makanan dirompak di Sudan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

17,000 tan bekalan makanan Sudan dirompak – PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa hampir 17,000 tan metrik (18,700 tan) makanan dirompak di Sudan.
  • Program Makanan Sedunia (WFP) mempunyai lebih 80,000 tan metrik makanan di Sudan sebelum pertempuran meletus pada 15 April.
  • Penyelaras situasi utama di Darfur untuk agensi pelarian PBB, Toby Harward berkata, pasukan tidak terkawal, militia, penyamun dan penjenayah adalah dalang di sebalik rompakan makanan itu.

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa hampir 17,000 tan metrik (18,700 tan) makanan dirompak di Sudan.

Negara Afrika tersebut diselubungi keganasan selama berminggu-minggu dengan pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Program Makanan Sedunia (WFP) mempunyai lebih 80,000 tan metrik makanan di Sudan sebelum pertempuran meletus pada 15 April.

Penyelaras situasi utama di Darfur untuk agensi pelarian PBB, Toby Harward berkata, pasukan tidak terkawal, militia, penyamun dan penjenayah adalah dalang di sebalik rompakan makanan itu.

Harward berkata, PBB sedang berhubung dengan pihak berkuasa untuk memindahkan bekalan ke kawasan yang lebih selamat.

“Saya yakin kami akan menyelamatkan apa sahaja yang kami mampu, melalui krisis kemanusiaan ini, pengukuhan kapasiti kedaulatan undang-undang di Sudan khususnya di Darfur menjadi sangat penting,” katanya. 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *