Connect with us

Terkini

Sekuriti makanan negara pada tahap sederhana – Mat Sabu

Kedudukan Malaysia turun dua anak tangga di tempat ke-41 dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) 2022, menunjukkan jaminan makanan negara berada pada tahap sederhana.

Wartawan TMT

Published

on

Sekuriti makanan negara pada tahap sederhana - Mat Sabu
Foto: Mohamad Sabu.
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata dengan skor 69.9%, prestasi itu boleh disifatkan “tidak terlalu buruk”, memandangkan negara dilanda pandemik Covid-19 sebelum ini.
  • walaupun berdepan pelbagai kekangan dalam tempoh itu, Malaysia masih dalam kategori tidak menerima sebarang bantuan makanan daripada pihak luar.
  • “Kita masih lagi dalam keadaan dua tahun hadapi pandemik, kita masih boleh berdikari,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia turun dua anak tangga di tempat ke-41 dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) 2022, menunjukkan jaminan makanan negara berada pada tahap sederhana.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata dengan skor 69.9%, prestasi itu boleh disifatkan “tidak terlalu buruk”, memandangkan negara dilanda pandemik Covid-19 sebelum ini.

Malah, katanya walaupun berdepan pelbagai kekangan dalam tempoh itu, Malaysia masih berada dalam kategori tidak menerima sebarang bantuan makanan daripada pihak luar seperti agensi bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Kita masih lagi dalam keadaan dua tahun hadapi pandemik, kita masih boleh berdikari,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang meminta kerajaan menyatakan langkah meningkatkan semula kedudukan Malaysia dalam GFSI 2022.

Pada 2021, laporan tahunan diterbitkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) itu menunjukkan Singapura dan Malaysia masing-masing berada di tangga ke-15 dan 39.

Kedudukan ini mengambil kira sistem rantaian dan faktor lain membabitkan bekalan berdasarkan konsep keselamatan makanan seperti diperkenalkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB menerusi Sidang Kemuncak Makanan Dunia 1996.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, Mohamad (PH-Kota Raja) berkata masih terdapat ruang untuk kerajaan meningkatkan kedudukan dalam GFSI bagi tempoh seterusnya terutama bagi kategori “kelestarian” dan “adaptasi” yang diklasifikasikan “lemah” dengan skor 53.7%.

“Tindakan susulan oleh kerajaan tidak hanya bertujuan mengukuhkan kedudukan negara dalam GFSI tetapi memastikan sistem makanan kekal berdaya tahan dalam pelbagai keadaan,” katanya.

Sejak tahun lalu, pengguna merungut susulan kekurangan bekalan makanan asas antaranya telur dan ayam yang kini masih tidak  diselesaikan sepenuhnya.

Sumber: Free Malaysia Today

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending