Connect with us

Antarabangsa

Perancis sediakan kondom percuma kepada individu 18-25 tahun

Perancis menawarkan kondom percuma kepada individu berusia 18 hingga 25 tahun bagi mencegah kehamilan dalam kalangan anak muda.

Wartawan TMT

Published

on

Perancis sediakan kondom percuma kepada individu 18-25 tahun
Foto: Presiden Emmanuel Macron.
  • Perancis menawarkan kondom percuma pada individu berusia 18 hingga 25 tahun bagi cegah kehamilan dalam kalangan anak muda.
  • Kondom akan disediakan secara percuma di semua farmasi. – Presiden Emmanuel Macron
  • Langkah itu dibuat selepas kerajaan mula tawarkan kawalan kelahiran percuma tahun ini untuk semua wanita di bawah usia 25 tahun.
  • Ia perluaskan skim menyasarkan individu 18 tahun untuk pastikan mereka tidak berhenti ambil alat pencegahan hamil berikutan tidak berkemampuan.
  • Kondom diterima pakai sistem penjagaan kesihatan negara tujuan untuk memerangi penularan Aids dan penyakit kelamin lain.

Paris: Perancis menawarkan kondom percuma kepada individu berusia 18 hingga 25 tahun bagi mencegah kehamilan dalam kalangan anak muda.

Presiden Emmanuel Macron berkata, kondom akan disediakan secara percuma di semua farmasi.

“Kondom percuma untuk golongan berusia 18 hingga 25 tahun adalah usaha mengurangkan kehamilan yang tidak diingini.

“Ia adalah revolusi kecil untuk mencegah kehamilan,” katanya semasa perdebatan kesihatan dengan golongan muda di Fontaine-le-Comte, pinggir bandar Poitiers, barat Perancis, semalam.

Langkah itu dibuat selepas kerajaan mula menawarkan kawalan kelahiran percuma tahun ini untuk semua wanita di bawah usia 25 tahun.

Ia memperluaskan skim yang menyasarkan individu 18 tahun untuk memastikan mereka tidak berhenti mengambil alat pencegahan hamil berikutan tidak berkemampuan.

Kondom diterima pakai sistem penjagaan kesihatan negara bertujuan untuk memerangi penularan Aids dan penyakit kelamin lain.

Dalam pada itu, Macron berkata, beliau memakai pelitup muka pada program itu kerana mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan selepas mengambil kira peningkatan kes Covid-19 menjelang musim cuti.

“Tidak semestinya mahu kembali kepada mewajibkan pemakaiannya, tetapi saya rasa adalah baik menunjukkan contoh kerana kita berdepan dengan penularan baharu wabak itu (kes meningkat),” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat sesak dan mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 ketika cuti musim sejuk semakin hampir.

Sumber: Harian Metro

 

Author

Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending