Connect with us

PRU-15

Zahid Hamidi di Bagan Datuk, Kazim Elias di Larut

Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim disahkan bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Wartawan TMT

Published

on

Zahid Hamidi di Bagan Datuk, Kazim Elias di Larut

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim disahkan bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Manakala Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk P075.

Pengumuman itu sekaligus menafikan dakwaan beliau dikhabarkan tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu pada PRU15.

PRU-15

Calon BN Parlimen Padang Serai beri laluan kepada PH?

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj dijangka memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Wartawan TMT

Published

on

Calon BN Parlimen Padang Serai beri laluan kepada PH?
Foto: Datuk C Sivaraj.
  • Calon BN, Datuk C Sivaraj dijangka beri laluan kepada calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak bertanding pada PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai.
  • Spekulasi mengenai perkara itu semakin hebat diperkatakan selepas Sivaraj batalkan semua kempennya di Padang Serai semalam.
  • BN mengambil keputusan itu selepas PH pada Selasa lalu umum tarik diri daripada PRU15 bagi kerusi DUN Tioman untuk beri laluan kepada calon BN.
  • Difahamkan pimpinan PH dan BN negeri capai kata sepakat berhubung perkara itu pada mesyuarat dipengerusikan Pengerusi BN Kedah.

PADANG SERAI: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj dijangka memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Spekulasi mengenai perkara itu semakin hebat diperkatakan selepas Sivaraj membatalkan semua kempennya di Padang Serai semalam.

Pengumuman mengenai perkara itu dijangka dilakukan pimpinan negeri kedua-dua parti itu di Taman Desa Aman di sini, malam ini.

BN difahamkan mengambil keputusan itu selepas PH pada Selasa lalu mengumumkan menarik diri daripada PRU15 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman untuk memberi laluan kepada calon BN.

Difahamkan pimpinan PH dan BN negeri mencapai kata sepakat berhubung perkara itu pada mesyuarat dipengerusikan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malam tadi.

Kelmarin, Sivaraj dilaporkan berkata, beliau masih berkempen seperti biasa kerana masih belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan BN.

Beliau juga menegaskan, calon PH yang sepatutnya memberi laluan kepadanya memandangkan beliau berkhidmat di kawasan itu sejak tiga tahun lalu.

Advertisement

Sehingga kini, belum ada sebarang maklum balas daripada pihak Sivaraj mengenai dakwaan MIC bersetuju menarik balik pencalonannya.

Selain Sivaraj dan Mohamad Sofee, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas).

PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan penangguhan PRU15 di kerusi terbabit kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengundian.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement

 

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending