Connect with us

Terkini

‘Yakini tidak buat perkara mungkar, berdoa ALLAH merahmati ibu’ – Nik Omar

Calon Pakatan Harapan (PH) Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak akan pernah putus mendoakan ibunya meskipun terdapat kenyataan bahawa Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merestui anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Yakini tidak buat perkara mungkar, berdoa ALLAH merahmati ibu’ - Nik Omar
Foto: Nik Omar Nik Abdul Aziz, Calon Parlimen Pasir Salak
  • Meskipun Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak merestui anaknya bertanding PRU15 melainkan atas tiket PAS, Calon PH Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak pernah putus mendoakan ibunya itu.
  • “Sehingga saat ini saya yakini saya tidak buat perkara yang mungkar, saya mungkin berbeza dari sudut pandangan dan ini bukan berkaitan dengan akidah, iman. 
  • Ujarnya, perjuangan menegakkan syiar Islam dalam kepimpinan negara tetap diteruskan walaupun bukanlah di bawah parti PAS
  • Kenyataan isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikongsikan di Facebook PAS pusat dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket PH pada PRU15.

 

TELUK INTAN: Calon Pakatan Harapan (PH) Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak akan pernah putus mendoakan ibunya meskipun terdapat kenyataan bahawa Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merestui anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS. 

 

Merujuk kepada pendedahan yang dibuat ibunya yang dikongsikan di Facebook PAS pusat, Nik Omar berkata beliau tidak melakukan sebarang kemungkaran sebaliknya hanya berbeza pendapat.

“Sehingga saat ini saya yakini saya tidak buat perkara yang mungkar, saya mungkin berbeza dari sudut pandangan dan ini bukan berkaitan dengan akidah, iman. 

“Saya sebagai seorang anak macam mana pun sentiasa berdoa supaya Allah ampun dosa saya, sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa merahmati ibu bapa saya,” katanya ketika dihubungi FMT. 

Beliau berkata, perjuangannya menegakkan syiar Islam dalam kepimpinan negara tetap diteruskan meskipun bukanlah di bawah parti PAS, kerana beliau percaya parti yang bersamanya juga mempunyai misi yang iaitu mahu rakyat mendapat kepimpinan yang adil dan telus. 

Terdahulu, isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak mendedahkan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS. 

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sumber: Free Malaysia Today

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *