Connect with us

Terkini

Usah perjudi masa depan negara menerusi undi ‘eksperimen’

Jentera BN diingatkan supaya menemui seramai mungkin pengundi dan menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai rekod prestasi BN.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Usah perjudi masa depan negara menerusi undi ‘eksperimen’
Foto: Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Temui seramai mungkin pengundi dan menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai rekod prestasi BN.
  • “Jentera parti perlu mengingatkan pengundi supaya tidak bereksperimentasi dengan undi dan memperjudikan masa depan negara seperti berlaku pada PRU14”. – Datuk Seri Mohamad Hasan
  • Terangkan kepada mereka (supaya) bagi kami (BN) mandat, bagilah parti yang telah mempunyai rekod prestasi yang baik dan cukuplah membuat eksperimen.
  • Kerana eksperimen itu membuatkan rakyat hidup sengsara pada hari ini.
  • Diharap jentera parti dapat diurus dengan baik bagi menangkis segala dakwaan parti lawan.

ISKANDAR PUTERI – Jentera BN diingatkan supaya menemui seramai mungkin pengundi dan menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai rekod prestasi BN.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera parti juga perlu mengingatkan pengundi supaya tidak bereksperimentasi dengan undi dan memperjudikan masa depan negara seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Temuilah seramai mungkin pengundi di tempat kita. Temuilah mereka dan terangkan kepada mereka (supaya) bagi kami (BN) mandat, bagilah parti yang telah mempunyai rekod prestasi yang baik.

“Rekod prestasi yang telah terbukti dapat menguruskan negara. Cukup-cukuplah membuat eksperimen kerana eksperimen itu membuatkan kita (rakyat) hidup sengsara pada hari ini,” katanya ketika berucap melancarkan jentera BN Johor di Stadium Tertutup Educity di sini, malam Rabu.

Mohamad Hasan turut mengingatkan supaya jentera parti dapat diurus dengan baik bagi menangkis segala dakwaan parti lawan.

“(Parti lawan) lagi nak jual temberang di sana sini, (kononnya) dialah yang paling baik menguruskan negara. Untuk BN, tidak perlulah kita bercakap buruk tentang orang, rakyat boleh menilai. Yang penting, kita balik ke kawasan masing-masing selepas ini, urusan jentera perlu (diurus) dengan baik,” katanya.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, turut mengulangi sasaran yang ditetapkan kepada BN Johor untuk memenangi sekurang-kurangnya 20 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15 ini.

Turut hadir, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. 

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *