Connect with us

Terkini

‘Tindakan DAP gugurkan calon Melayu satu strategi yang silap’

Sifat terburu-buru parti yang melucutkan jawatan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi pada Ahad hanya memakan diri-sendiri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Tindakan DAP gugurkan calon Melayu satu strategi yang silap’
Foto: Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.
  • Penganalisis politik berkata, sifat terburu-buru parti yang melucutkan jawatan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi pada Ahad hanya memakan diri-sendiri.
  • Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata, tindakan itu menampakkan parti berkenaan tergopoh-gapah dalam membuat keputusan.
  • “Saya yakin sebenarnya dengan tindakan menurunkan calon Melayu di kawasan Jerai itu sebenarnya merupakan satu strategi yang silap dan boleh memerangkap parti itu sendiri.
  • Bagaimanapun, katanya, orang Melayu akan menolak calon DAP kerana sentimen Melayu itu masih lagi menebal menolak parti berkenaan.

KUALA LUMPUR – Sifat terburu-buru parti yang melucutkan jawatan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi pada Ahad hanya memakan diri-sendiri.

Penganalisis Politik, Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata, tindakan itu menampakkan parti berkenaan tergopoh-gapah dalam membuat keputusan. 

“Saya yakin sebenarnya dengan tindakan menurunkan calon Melayu di kawasan Jerai itu sebenarnya merupakan satu strategi yang silap dan boleh memerangkap parti itu sendiri. 

“Meskipun inilah satu makmal politik daripada DAP sendiri bagi mencuba lebih ramai calon Melayu bertanding dalam PRU15 khususnya untuk kerusi parlimen. 

“Saya melihat itu satu kesilapan yang agak besar kerana kita melihat sebelum ini ada cakap-cakap politik dan dakwaan daripada pelbagai pihak termasuklah musuh DAP itu sendiri menyatakan orang Melayu masih lagi mengamalkan penolakan yang menebal terhadap DAP, tetapi itu musuh yang cakap,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini hari ini.

Sambungnya, dalam konteks Kedah hari ini, bukan musuh yang bercakap tetapi Amanah yang berterus terang bahawa kerusi tersebut kerusi majoriti Melayu.

Bagaimanapun, katanya, orang Melayu akan menolak calon DAP kerana sentimen Melayu itu masih lagi menebal menolak parti berkenaan.

Pemecatan Phahrolrazi dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b), Jawatankuasa Pengurusan Nasional Amanah yang bermesyuarat kelmarin. 

Difahamkan, penyingkiran beliau dibuat menggunakan peruntukan yang baharu diluluskan tanpa perlu dibawa ke Lembaga Disiplin dan melalui proses yang panjang.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *