Connect with us

Terkini

Tidak kisah dilabel ‘calon kayangan’, Tengku Zafrul fokus politik bersih

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak menghiraukan sebarang dakwaan parti lawan yang memainkan sentimen beliau sebagai ‘calon kayangan’ di Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Tidak kisah dilabel ‘calon kayangan’, Tengku Zafrul fokus politik bersih
Foto: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
  • Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak peduli parti lawan menganggapnya ‘calon kayangan’ di Parlimen Kuala Selangor pada PRU15.
  • Kerana beliau hanya ingin  memberi tumpuan untuk membantu kebajikan dan kepentingan rakyat serta membangunkan negara.
  • “Kita hormati pandangan pihak lawan dan kita hendak (kempen) politik bersih sepanjang pilihan raya ini,” – Menteri Kewangan
  • Banyak perkara diberi tumpuan terutama kebajikan rakyat dan pembangunan termasuk cadangan melancarkan manifesto Kuala Selangor lepas penamaan calon nanti.

KUALA SELANGOR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak menghiraukan sebarang dakwaan parti lawan yang memainkan sentimen beliau sebagai ‘calon kayangan’ di Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya beliau memberitahu, perkara itu tidak perlu diulas lanjut dan ingin memberi tumpuan untuk membantu kebajikan dan kepentingan rakyat serta membangunkan negara.

“Kita hormati pandangan pihak lawan dan kita hendak (kempen) politik bersih sepanjang pilihan raya ini,” katanya di sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon BN Parlimen Kuala Selangor pada Rabu.

Zafrul memberitahu, setakat ini, semua 87 cawangan di Parlimen Kuala Selangor dan 37 pusat daerah mengundi (PDM) telah selesai dilawati.

“Terima kasih kepada ketua bahagian yang memberi sokongan supaya jentera kita bergerak bersama merampas Kuala Selangor,” ujar beliau.

Diminta mengulas mengenai perasaannya dipilih kali pertama sebagai calon, Tengku Zafrul memberitahu, perasaan itu bercampur-baur terutama gementar kerana ia diluar daripada kebiasaan.

Menurut beliau, banyak perkara yang perlu diberi tumpuan terutama dari segi kebajikan rakyat dan pembangunan.

“Ada macam-macam idea dan cadangan yang diberikan dan dikemukakan termasuk cadangan melancarkan manifesto Kuala Selangor lepas penamaan calon nanti,” kata beliau.

Tengku Zafrul yang bertanding atas tiket BN akan menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari PH, calon Perikatan Nasional (PN) diwakili calon Pas, Muhammad Rashid Mohd Kassim dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jeram, Mohd Shaid Rosli.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 November.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending