Connect with us

Terkini

Tiada calon BN gugur temui GTA, Tun M juga tidak berhasrat jumpa

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tiada mana-mana bekas Ahli Parlimen BN yang tidak dicalonkan parti itu menemuinya setakat ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada calon BN gugur temui GTA, Tun M juga tidak berhasrat jumpa
Foto: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad sahkan tiada mana-mana bekas Ahli Parlimen BN tidak dicalonkan parti itu menemuinya setakat ini.
  • Ditanya sama ada GTA bersedia menemui bekas wakil rakyat BN, beliau menegaskan pihaknya tidak berhasrat berbuat demikian.

BANGI – [DIKEMAS KINI] Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tiada mana-mana bekas Ahli Parlimen BN yang tidak dicalonkan parti itu menemuinya setakat ini.

Beliau berkata, gabungan itu juga tiada hasrat untuk menemui bekas-bekas ahli Parlimen berkenaan.

“Setakat ini tidak ada. Sebab itu kita rasa kesian kepada mereka yang digugurkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi pada Rabu.

Pada Selasa, BN tidak mencalonkan beberapa bekas ahli Parlimen daripada partinya yang berstatus menteri sehingga menimbulkan reaksi pelbagai.

Antara yang tidak tercalon adalah bekas ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; bekas ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; bekas ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa lagi.

Ditanya sama ada GTA bersedia untuk menemui bekas wakil rakyat BN, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

Sementara itu Tun Dr Mahathir turut ditanya mengenai ketiadaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam senarai calon mewakili gabungan itu, meskipun namanya pernah disebut-sebut sebelum ini.

Jelasnya, Abdul Hamid memaklumkan dirinya belum bersedia untuk memasuki dunia politik.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *